
Bukan setakat ingin berlainan tema antara puak pembangkang dengan kerajaan yang memerintah, malah dalam negeri-negeri yang dikuasai Pakatan sendiri telah tidak sekata dalam menetapkan tema sambutan. Kerajaan Persekutuan menetapkan tema Janji Ditepati, manakala Penang, Kelantan dan Selangor dengan tema Sebangsa, Sejiwa, Senegara. Kedah pula menetapkan tema sendiri Terus Berbakti.
Nampaknya, dengan permainan ahli politik, rakyat semakin terpecah. Sambutan Hari Kebangsaan yang sepatutnya menjadi acara bersama, telah menjadi acara politik. Tak mustahil nanti Sambutan Hari Raya juga akan berasingan.
Terlanjur masing-masing sudah mahukan tema yang tersendiri, eloklah pada sambutan 55 tahun merdeka ni, setiap rakyat membuat tema masing-masing. Tak payah ikut sesiapa. Bagi aku, sempena 55 tahun merdeka ini, tema aku ialah 55 Tahun Merdeka, PKR Menyokong DAP Memperbodohkan PAS, UMNO Tak Mampu Nak Menolong! UMNO rasanya memang tak mampu dah untuk menolong politik orang-orang PKR dan PAS yang pemimpinnya bersikap macam orang tak sekolah. Silap percaturan, Melayu akan hilang kemerdekaannya.
Mungkin sudah sampai masanya, acara-acara bersifat nasional perlu diselaras dan dijawatankuasakan dengan wakil dari semua parti politik.
wuuuii !! memang pembangkang berjaya semenjak merdeka lagi,...berjaya mengekalkan kekalahannya dalam pilihanraya umum !!
ReplyDelete12 kali berturut-turut !!!