Tuesday, August 14, 2012

7 LIKUR DULU-DULU


Malam tujuh likur masa aku kecik-kecik dulu cukup meriah. Tak macam zaman sekarang. Pada masa tu, malam tujuh likur adalah antara malam-malam yang anak-anak ada lesen untuk berada di luar rumah selepas dari waktu Maghrib.

Pelita yang berceracak di keliling kampung bukannya dibeli, tetapi hasil kreativiti. Sesetengahnya dibuat dari buluh dan sesetengahnya pula dibuat dari tin susu. Pada ketika ini, bebudak bukan main baik dengan tauke kedai basikal sebab nak minta "nat" tiub terpakai untuk buat sumbu pelita. Zaman tu minyak tanah baru 20 sen sebotol besar!


Bab mercun dan bunga api memang tak mampu nak beli. Nak bising-bising, lidi basikal dan mancis kami gunakan. Meriah juga bunyi letupannya. kalau nak kuat lagi, pakat ramai-ramai tebang buluh, buat meriam. Budak-budak dulu kalau main, "safety first", apataknya, meriam buluh tu bersimpai dengan pelbagai benda, dari tiub basikal hingga ke dawai sebab takut buluh tu bersepai.

Budak-budak sekarang bukan kata nak buat pelita atau meriam buluh, rasanya karbaid pun mereka tak kenal. Zaman semakin berubah, kemeriahan untuk menyambut Hari Raya dah tak nampak lagi kecuali orang berpusu-pusu ke pusat beli belah. Rindu rasanya dengan zaman susah dahulu!


No comments:

Post a Comment