Sunday, August 26, 2012

AZIZAN RAZAK TENAT? TIDAK RAI TETAMU RUMAH TERBUKA MB

Hari itu Pok Nik terkena kejutan raya, kini Azizan Razak pulak terkena kejutan raya. Khabarnya Azizan kini tenat sehinggakan tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di Seri Mentaloon yang turut dihadiri oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak dapat diraikan oleh Azizan. Hanya isteri dan anak-anaknya sahaja yang kelihatan (SINI).

Sampai dah tak nampak bayangpun, masih lagi nak menafikan bahawa Azizan sakit. Boleh ada kenyataan yang mengatakan bahawa Azizan sihat. Kalau sihat dan tidak meraikan tetamu yang datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri MB, apakah maknanya itu? Agaknya Azizan dah malas dah nak jadi MB.

Kalau ikut keterangan orang-orang kuat Azizan, dia dinasihatkan oleh doktor agar berehat dan tidak menyertai aktiviti luar. Mungkin Azizan kena sindrom macam Pok Nik juga. Suruh dia berehat dan bagi Utusan Malaysia, tentu cepat sembuh nanti!



No comments:

Post a Comment