Saturday, August 4, 2012

LAGU TEMA MERDEKA - RAIS, JANGAN BUANG KAREN!!!


Aduhaiii Rais, buang masa, buang tenaga, buang duit aje nak tubuhkan pulak panel khas untuk kaji keaslian lagu tema Merdeka yang didakwa oleh pihak pembangkang sebagai lagu ciplak. Patutnya si Rais ni, dek kerana dah cium tangan Pak Lah, ikut sekali Pak Lah letak jawatan.

Tak boleh ke pekakkan telinga? Lagu tu cuma berkumandang setakat dalam bulan kemerdekaan ni aje. Peduli apa dengan apa yang pembangkang nak kata. Banyak benda lagi yang kementerian yang dijaganya boleh buat.

Dari sibuk nak buat panel kaji kesahihan lagu tema tersebut, adalah lebih baik kementeriannya kaji bagaimana nak pastikan syarikat-syarikat pengendali telekomunikasi lebih bertanggungjawab terhadap para pelanggannya. Berapa banyak pelanggan syarikat telekomunikasi yang mengeluh dek SMS yang bukan-bukan, servis yang tak diminta yang perlu ditamatkan, kerapnya berlaku gangguan liputan dan sebagainya. Seronok juga mendengarnya kalau menguntungkan rakyat. Ini buat panel setakat nak tegakkan ego, kejadah apa?


4 comments:

  1. Blogger upahan Lajim Ukin.
    Gunting dalam lipatan !

    ReplyDelete
  2. Bunyinya macam remeh tapi apa saja yang berkaitan dengan hari kemerdekaan adalah perkara yang besar.

    Eloklah diteliti lagu tema tersebut demi mengesahkan keaslian ciptaannya.

    Selesaikan segera, jangan sampai melalut.

    ReplyDelete
  3. Time to let Rais go, go , go and be gone with the wind.. Najib, what are you wating for??? Rais is not or never was in the class of Tun Dr Mahathir who is always full of brilliant and relevant ideas....So Rais, do us Malaysans a great big favour.. GET LOST..

    ReplyDelete
  4. Dekat-dekat pilihanraya umum ni, janganlah bangkitkan kebencian sesama sendiri.

    Lepas PRU13 nanti lebih-lebih lagi menjelang pemilihan Umno, masa tu belasahlah ikut suka...aku pun nanti nak tumpang semangkuk jugak.

    PRU13 adalah berkenaan survival bangsa dan masa depan negara. Itulah yang patut kita utamakan ketika ini.

    ReplyDelete