Wednesday, August 1, 2012

PATUT KE BAYAR SAMAN TRAFIK SERTA MERTA?


"Mintak maaf Encik, ni aje yang saya ada. Nak tengok boleh, nak pegang pun boleh. Kalau duit, sekarang memang tak ada!" Mungkin ini antara situasi yang bakal berlaku di jalan dan lebuhraya Malaysia apabila cadangan agar saman trafik dilunaskan serta merta atau kenderaan pesalah ditahan.

Malahan mungkin banyak lagi bentuk tawar menawar yang akan berlaku yang seterusnya akan meningkatkan lagi kemungkinan berlakunya rasuah.

Aku pelik juga bila Suruhanjaya Khas mengkaji perkhidmatan awam yang dianggotai oleh orang "bijak" yang tak pernah susah mencadangkan agar saman trafik dibayar serta merta atau kenderaan pesalah ditahan. Lebih pelik lagi bila mereka berlumba untuk melaksanakannya sebelum orangramai pulang bercuti berhari raya.

Alangkah baiknya, jika suruhanjaya mencadangkan agar bila berlaku kesesakan, polis trafik mengambil tempat untuk menyuraikan kesesakan dan bukannya menyorok menunggu orang potong "Q". Cadangkan trafik sentiasa dilihat oleh pemandu terutamanya ditempat-tempat merbahaya seperti laluan berbukit, tempat yang tak boleh memotong dan bukannya bersembunyi dalam semak dengan kamera perangkap had laju! Begitu juga di lampu trafik, kalaulah ada trafik yang terpacak berhampiran simpang dan bukannya bersembunyi di sebalik pokok bunga atau kotak agihan fius TNB, tentu pemandupun tak akan melanggar lampu merah.

Kalau benarlah, terlaksana undang-undang ini, bagaimana dan siapa yang akan menanggung kos penyimpanan kenderaan pesalah? Bagaimana dengan nasib penumpang dalam kenderaan tersebut? Apakah duit adalah segala-galanya buat kerajaan? 

Ini semua adalah kerja orang "bijak" yang ingin memeningkan lagi kepala DS Najib menjelang PRU 13. Dapatkah dibayangkan bagaimana reaksi rakyat kiranya undang-undang ini benar-benar terlaksana?


6 comments:

  1. Lepas Pak Menteri Kementerian Penerangan buat Lawak .. Menteri ni plak .. Nak join the Lawak Menteri Club

    ReplyDelete
  2. Hanya yang gagal membayar saman tunggakan dan mempunyai waran sahaja....... yang lain tu tak patut termasuk dalam senarai kena bayar terus.

    ReplyDelete
  3. Alah..Polis kita memilih2 kena kan saman..yang no kecik, yang pakai plat kuning , yang ada lambang bawak sampai 180km kat Hway aku tengok tak pernah kena saman...ada aje Polis pulak yang takut!!!

    ReplyDelete
  4. agaknya mcmmanalah suruhanjaya khas tu nk buat keputusan masa mesyuarat. agaknya masing2 kena keluarkan wallet, tengok berapa yg ada dlm wallet tu. kalau majoritinya ada lebih rm500, sudah cukup mewakili keseluruhan jumlah isi poket rakyat malaysia. so, saman serta mertapun dimuktamadkan. seronok dengar idea2 baru camane nk mendidik pengguna jalanraya. yg bestnya idea2 bodohpun keluar juga. aku nk tanya, kalau terlebih tekan minyak & kena saman, sedangkan yg ada hanya bulu sahaja, boleh bayar saman dgn bulu?

    ReplyDelete
  5. kalau dikenakan warga asing rasanya patut.tapi kalau warga negara Malaysia lebeh baik sipencadang dibersarakan sebelum PM pening kepala.

    ReplyDelete
  6. baru cadangan tp dh ramai melenting..soal ajal maut dan takdir bkn kerja makhluk-NYA yg lemah..sebelum pandang dpn tgk dlu ape pedoman yg kita blh gne yg ada dibelakang...malaikat yg Allah perintahkan untk menulis segala perlakuan baik buruk anda tiap saat itu pernahkah anda or semua manusia melihat dlm sedar or x sedar...penulis perlu renung setinggi-tingginya ape niat mksud anda ini sebenarnye..

    ReplyDelete