Friday, October 5, 2012

BUNG MOKTAR TEMPELAK KABINET BAYANGAN PAKATAN

MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menempelak kabinet bayangan Pakatan (sini). Bung Moktar bengang kerana puak Pakatan tu langsung tak iktiraf wakil dari Sabah untuk disenaraikan dalam kabinet bayangan mereka walhal dalam kabinet BN, terdapat 4 orang wakil Sabah.

Bung ingatkan agar orang Sabah tidak tertipu dengan janji melangit puak Pakatan yang jelas mengamalkan kronisme. Apa tak kronismenya, laki, bini, anak semuanya tersenarai dalam satu kabinet, dah macam syarikat anak-beranak. Apa salahnya buang satu, bagi kat wakil Sabah!

Nampak sangat puak Pakatan tak iktiraf orang Sabah. Sedangkan dalam kerajaan BN, Sabah dan Serawak sentiasa diutamakan. Bayangkan, untuk mendekatkan lagi Sabah dengan Semenanjung, Bung sanggup ambik orang Semenanjung! Mana tak marah Bung bila Sabah dianak tirikan oleh puak Pakatan.


No comments:

Post a Comment