Thursday, December 20, 2012

PENEROKA FELDA MAKAN CILI BERNILAI RM3000


Lapan peneroka Felda iaitu tujuh lelaki dan seorang wanita peneroka Felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, yang terasa pedas dengan ucapan DS Najib di ketika mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Pahang, pada 8 Mei lepas, telah gagal untuk meneruskan saman mereka terhadap DS Najib berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh yang membatalkan saman itu memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan memerintahkan setiap plaintif membayar RM3000.00 kepada DS Najib.

Mungkin inilah yang orang dulu-dulu kata, "siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya." Walhal DS Najib tak berniatpun untuk mengaib atau menghina sesiapa, sekadar kiasan umum, cuma ada yang terasa pedasnya. Mahal betul cili yang mereka makan!


Melihat kepada sokongan warga Felda yang hadir memberikan sokongan kepada DS Najib iaitu sekitar 1500 orang dari Felda Wilayah Mempaga, nampaknya orang Felda juga menyampah dengan kumpulan yang 8 orang ini. Eloklah selepas ni duduk diam-diam, tak payah keluar rumah dan tak payah bercampur dengan orang lagi. 

Ha...ha...ha...ingatkan nak dapat lagi "durian runtuh" dari DS Najib dengan menyamannya, rupanya terbang RM3000.00, tu belum campur dengan upah lawyer lagi tu. Tak apalah, cuba-cubalah korang mintak tolong dengan Mazlan Aliman.


1 comment:

  1. Inilah dikatakan bodoh tak boleh diajar, kufur tak pandai bersyukur. Dah elok-elok dapat bonus masih lagi tamak nak saman orang akhirnya diri papa kedana disaman orang.

    Buat malu kat Felda jer pakcik-pakcik dan makcik mangkuk ayun ni.

    ReplyDelete