Wednesday, December 19, 2012

TS MUHYIDDIN BAWA HUJAN RAHMAT KE PENGERANG


Kehadiran TS Muhyiddin ke Pengerang semalam telah disambut dengan hujan rahmat yang agak lebat. Hujan yang bermula sekitar tengahari, telah berhenti sebelum bermulanya majlis Himpunan Rakyat pada jam 3.00 petang di Dataran Sungai Rengit.

Namun begitu, walaupun hujan, kehadiran penduduk Pengerang agak memberangsangkan iaitu lebih 6000 orang menurut pandangan aku! 


Dalam lawatan tersebut, TS Muhyiddin telah mengumumkan penubuhan Yayasan Pelajaran Pengerang yang akan memberi manfaat kepada anak-anak jati Pengerang disamping menubuhkan Jawatankuasa Bersama Penduduk yang mana suara mereka akan turut didengari dalam memajukan Pengerang.

TS Muhyiddin mengingatkan penduduk Pengerang agar bersyukur dengan limpah kemajuan dan rezeki yang diperolehi. Pengorbanan sebahagian penduduk Pengerang dalam menyerahkan kediaman dan tanah mereka untuk kemajuan masa depan anak-anak Pengerang amatlah besar yang mana nikmat pembangunan itu akan turut dirasai untuk generasi-generasi yang akan datang. Pengerang yang dahulunya pekan mati, kini menjadi tumpuan para pelabur, samada dari dalam mahupun luar negara. Hebat perancangan kerajaan Barisan Nasional!

Kalau dilihat kepada sambutan penduduk Pengerang, samada yang Melayu, yang Cina mahupun yang India, rasanya tak ada masalah untuk BN menghadapi PRU 13 nanti. Ini kerana pada masa yang sama, terdapat petugas PKR yang mengambil kesempatan mengedar risalah politik mereka dengan membuka meja di hadapan sebuah kedai kopi yang tutup, namun tidak dihiraukan oleh mereka yang lalu lalang.

Jom tengok gegambar...



No comments:

Post a Comment