Friday, January 18, 2013

INI BUKAN TOTOK....

  
Melihat daun pisang ditompokkan putih agar menjadi lambang PAS, bagi setengah orang hanya menunjukkan betapa totoknya orang PAS terhadap parti mereka.  Apapun kebanggaan yang diperolehi oleh orang PAS dengan PAS daun pisang itu, aku melihatnya dari sudut yang lain.

Melihat daun pisang diPASkan, seolah-oleh memberi peringatan kepada aku agar jangan memangkah PAS dalam PRU akan datang. Kalau terpangkah juga, amatlah malang. Apa tidaknya, seburuk-buruk BN perintah, Pok Nik masih lagi boleh makan berbungkuskan kertas minyak. Masih lagi mampu bermodal untuk beli kertas pembungkus.

Kalau PAS perintah nanti? ...alamatnya makanpun beralaskan daun pisang. Akhirnya, kalau kita susah nanti, PAS akan kata ia mewarisi kesusahan yang ditinggalkan oleh kerajaan BN. Mampus orang PAS tak mahu mengaku kesilapannya.

Itulah yang jadi di Johor sekarang ini. Heboh diperkatakan bahawa Melayu Johor adalah Melayu yang paling susah dan termiskin. Cehhh.... yang papa kedana kat Johor ni rata-ratanya yang datang dari Kelantan cari makan kat Johor sebab PAS tak mampu nak bela mereka di Kelantan. Akhirnya, Johor juga yang disalahkan. Walhal ketika hari raya Haji orang Kelantan berbondong-bondong balik Kelantan nak tunjuk kat orang kampung mereka betapa mewahnya mereka duduk kat Johor. Kalaulah orang Johor susah dan miskin, jangan harap le orang Kelantan nak tumpang tui.


No comments:

Post a Comment