Saturday, January 12, 2013

MAT SABU MAKAN BESAR HASIL KEBIJAKSANAAN BN

  
Mat Sabu dan rakan-rakannya pasti akan makan besar malam ini. Sekarang, setelah semuanya mula beredar balik dan kepenatan kerana berjemur di HKR KL112, Mat Sabu pasti tengah sibuk yang amat sangat. Sibuk mengira jumlah kutipan.
  
    
Rupanya banyak yang Mat Sabu target. Silap-silap ianya melebihi target. Maklumlah, rakyat Malaysia sekarang semuanya dah mewah, senang berbelanja hasil kebijaksanaan perancangan dasar oleh kerajaan BN. Kalau mengikut kata seorang sekretariat penganjur, Hishamuddin Rais, himpunan HKR ini berjaya mengumpulkan sekitar 500,000 orang.

Kalau seorang campak RM10.00 aje, Mat Sabu dah boleh dapat RM5 juta! Itu kalau seorang RM10.00. Tapi kenapa Mat Sabu target rendah sangat? Nak juga tunggu Mat Sabu umumkan jumlah berapa banyak yang berjaya mereka sakau dari poket rakyat siang tadi.

Nampaknya segala dasar yang dibuat oleh kerajaan BN untuk mensejahterakan ekonomi rakyat dipergunakan sepenuhnya oleh Mat Sabu. Cuma rakyat yang hadir tu sahaja yang bebal tak nampak. Kalaulah kerajaan yang ada pada hari ini tidak bagus, bukannya nak campak RM10.00 dalam tabung Mat Sabu, nak bagi 5 senpun kena berkira.

Ingatan untuk semua warga Malaysia, pemimpin pembangkang sebenarnya nampak, rakyat Malaysia sekarang ini amat mewah. Kerana kemewahan tersebutlah, mereka sanggup meminta. Ingatlah, bagaimanakah kemewahan tersebut datang? Siapa yang mentadbir negara sekarang ini?


No comments:

Post a Comment