Monday, January 28, 2013

MUNGKINKAH USTAZ NASHA KORBAN NIK AJIS DAN DAP?

  
Mungkinkah pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura PAS merupakan satu korban percintaan antara Nik Ajis dari PAS dan juga Karpal Singh dari DAP?

Isu Ustaz Nasha dan Majlis Syura PAS dah berlegar sekitar September 2012 apabila Nasharuddin menggesa PAS mengkaji semula keanggotaan dan kerjasama parti Islam tersebut dengan Pakatan Rakyat, berikutan percanggahan pendapat beliau dengan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Apatah lagi, bila Timbalan Ketua Majlis Syura PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti. Kata-kata tersebut secara jelas membawa maksud bahawa mereka lebih mementingkan parti dari perjuangan Islam yang dibawakan oleh Ustaz Nasha.

Dan timbul juga persoalan, mengapa Nik Ajis mengunjungi Karpal, Pengerusi DAP hanya setelah Ustaz Nasha disahkan dipecat dari Majlis Syura malah Nik Ajis disambut dengan upacara potong kek? Kalau Karpal, potong kek tu dah lebih kurang serupa le juga dengan orang Melayu buat pulut kuning! Mungkinkah itu majlis kesyukuran Nik Ajis dan Karpal kerana terbebas dari masalah dengan Ustaz Nasha?


No comments:

Post a Comment