Saturday, January 26, 2013

NUAR TAK LALU MAKAN DI PENGERANG

  
Laaa...kenapa pulak macam tak lalu aje nak makan Pak Nuar ni? Hidangan kat Pengerang malam tadi bukan main hebat lagi. Nasi beryani, sate dan macam-macam lagi. Datang duduk aje kat meja, terus hidangan datang.

Nak tahu kenapa? Program Pakatan kat Pengerang malam tadi yang diumpan dengan makanan yang sedap-sedap serta amoi seksi yang menyanyi, tak dapat sambutan. Nuar tak lalu makan, tapi mata pak lebai PAS yang hadir, terbeliak!
  
  
Kalau ikut standard, Nuar tu orang nombor 1. Kesian, walaupun punya hebat kononnya orang Pengerang dikatakan menentang rancangan RAPID, tapi yang hadir cuma lebih kurang 700 orang sahaja. 90 meja yang disediakan dengan setiap meja untuk 8 orang, banyak yang kosong, tak penuh! Dari pemerhatian aku, rasanya 70 % darinya adalah Cina dan kebanyakan Melayu yang hadir, bila aku tanya rupanya datang dari Felda yang berdekatan. Melayu Pengerang tak datang!!! ...mereka dah kaya hasil pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan.

Ya lah, mana Nuar nak lalu makan, ko tengok dan bandingkan le majlis Nuar yang diumpan dengan nasi beryani serta nyanyian amoi seksi dibandingkan dengan majlis TS Muhyiddin yang tak ada nasi beryani, malahan hujan pulak.
  
Cuba kira, berapa yang sambut Nuar...
Ada beryani, pun meja tak penuh.
Kira pulak berapa ramai warga Pengerang sambut TS Muhyiddin
Tak ada meja jamuanpun, duduk berasak-asak nak dengar TS Muhyiddin

No comments:

Post a Comment