Tuesday, January 22, 2013

PATUT LE POK NIK TAK LAKSANAKAN HUDUD

  
Pok Nik kata, 7 projek besar yang ditawarkan oleh DS Najib kepada rakyat Kelantan adalah rasuah. He...he...he...DS Najib cuma nak tawarkan kesenangan kepada rakyat Kelantan kalau mereka memilih kerajaan BN. Pok Nik mana suka tengok Kelantan maju dan makmur. Dia tak suka suasana bising dan bingit macam kat negeri lain. Biar le Kelantan terus sepi dan cuma meriah bila musim perayaan aje.

Berbalik kepada 7 projek besar tersebut. Apa le ada kalau nak bandingkan tawaran 7 projek tersebut dengan tawaran pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam oleh PAS sekiranya mereka memerintah? Kalau dibandingkan 7 projek tu, projek tu jadi ciput aje. Apa taknya, projek tu hanya untuk kesenangan masa hidup aje. Tapi Pok Nik tawarkan projek hudud dan negara Islam untuk masa hidup dan kehidupan selepas mati. Lagi besar tawaran PAS tu. Tapi kenapa dah dapat perintah Kelantan beberapa penggalpun, masih tak terlaksana tawaran tersebut?

Rupa-rupanya mungkin Pok Nik tersedar agaknya, kalau dia laksanakan tawaran musim pilihanrayanya itu, dia telah melakukan rasuah. Tuuu sebab sampai sekarang tak laksana lagi. Pok Nik tak nak lakukan rasuah!!!


No comments:

Post a Comment