Saturday, February 9, 2013

KAT JOHOR KE NI?

   
Mak datuk aiii....sampai sanggup bersesak-sesak. Kat Johor ke ni? Apa yang buat dia orang bersesak dan berasak-asak? Laa...rupanya di Penang. Orang-orang ni sanggup berasak-asak hanya untuk isi borang minat dengan rumah mampu milik. Sekali lagi ya...  borang minat tau, bukannya borang jual beli.
  
    
Ini menunjukkan betapa meruncingnya masalah perumahan mampu milik di Penang. Borang minat nipun mungkin tak akan keluar kalau pada Disember 2012 yang lepas, semasa DS Najib buat lawatan ke Penang dia ada menjanjikan 20,000 unit rumah mampu milik kepada warga Penang sekiranya BN dapat menguasai Penang. Dek kesasau dengan tawaran DS Najib, Guan Eng yang tak dapat nak tunjukkan rumah mampu milik kepada rakyatnya, keluarkan borang gula-gula, borang pendaftaran minat!

Kalau kat Johor ni, bukan kata lancarkan borang minat, korang lancarkan rumah mampu milik yang dah siap sekalipun, orang tak akan berasak-asak macam ni sebab rumah dah melambak, cukup untuk rakyat Johor hinggakan masih ada banyak lagi unit yang tersadai tak terjual terutama untuk bumiputera dan ini boleh dilihat diiklankan di akhbar-akhbar perdana oleh SUK Bahagian Perumahan dari masa ke semasa. 

Kalau korang nak tengok suasana berasak-asak dan bersesak kat Johor, boleh...tapi bila? Bila cuti Raya Haji. Masa tu korang tengok, orang Kelantan yang cari makan kat Johor, berebut-rebut dan berasak-asak untuk dapatkan tiket bas atau keretapi untuk balik Kelantan. Perghhh....makmurnya Johor dibawah naungan kerajaan BN. Hidup BN di Johor, hiduplah Kelantan di perantauan!


1 comment:

  1. Begitu cepat tindakkan KM Pulau Pinang, tindakan ini saya puji. Walaupun segala janji mungkin atau tak mungkin di tepati tetapi "counter attack" mereka pantas dan kemas.

    Sepatutnya ini menjadi contoh pada UMNO/BN, jangan berita yang keluar tanpa fakta dan berbentuk fitnah. Di diamkan beberapa lama baru nak membalas atau diambil tindakan. Dah terlambat, ibarat racun dan meresap keseluruh tubuh. Susah untuk disembuhkan atau diperbaiki. Selalu UMNO/BN ketinggalan.

    Siap-siagalah jentera UMNO/BN. Proaktif supaya segala tindak-tanduk dan tohmah PR dapat di atasi. Tukar peribahasa bahasa jadi - Biar Cepat asalkan Selamat. Rakyat Malaysia dahagakan Imfomasi yang cepat. Tak berbaloi kalau lambat sangat, takut nasi dah jadi bubur.

    Fikir-fikirlah.

    Saat Jais
    www.treat-ccure.com
    http://saatjaais.wordpress.com

    ReplyDelete