Sunday, February 10, 2013

PEMIMPIN BUKANNYA MACAM BOMOH

Ini cakap orang-orang lama. Pemimpin bukannya macam bomoh. Pemimpin yang hebat jauh bezanya dengan bomoh yang hebat. Bezanya ialah, pemimpin yang hebat akan hebat pada mata masyarakatnya dulu, kampungnya dulu, kampung-kampung jirannya dulu, mukimnya dulu barulah akan hebat pada daerahnya, pada negerinya dan pada negaranya.

Manakala tok bomoh pula, biasanya sembunyi-sembunyi dari masyarakatnya dan jiran-jirannya. Tok bomoh biasanya akan hebat luar dari masyarakatnya malah terkadang orang sekampungpun tak pernah gunakan khidmatnya sebab tak tahu. Sebabnya, tok bomoh ni biasanya dia sendiri kurang yakin dengan keupayaannya, itulah sebab seboleh mungkin mereka akan menolak kalau-kalau ada orang sekampung yang mintak tolong. Dia sendiri takut nanti dek disebabkan pengeras seringgit dua, akan jadi buah mulut orang kampung.

Maka berbalik kepada bab pemimpin hebat ni, aku rasa Mazlan Aliman bukanlah antara calun-calun pemimpin hebat. Dia lebih layak jadi Tok Bomoh untuk meramal nasib Pakatan, nasib BN dan nasib saham FGVH sahaja. Untuk jadi pemimpin jauh sekali.

Apa tidaknya, pagi tadi kampung dia, Felda Bukit Ramun menganjurkan majlis sambutan Maulidurrasul. Penceramah yang dijemput ialah anak peneroka Felda Bukit Ramun yang dah jadi orang hebat, iaitu Prof Madya Ismail Musytari dari UTM yang juga merupakan jiran Mazlan Aliman. Mana Mazlan Aliman? Kelibatnya langsung tak kelihatan. Ini bukannya program politik. Ini program keagamaan masyarakat kampung! Nak jadi pemimpin hebat, kena bermula dari kampung. Nak ambil hati orang kampung, kena le rewang sama-sama.
  
   
Rupanya Mazlan ni hanya laksana tok bomoh aje. Tak sanggup berprogram di laman sendiri, dengan jiran dan masyarakat sendiri. Sibuk-sibuk orang Felda Bukit Ramun berselawat dan mendengar ceramah, Mazlan awal-awal pagi dah lari ke Pengerang sambut Tahun Baru Cina. Cina belum sempat basuh muka dan gosok gigi lagi, Mazlan dan Anis Afida dah ketuk pintu rumah Cina. He...he...he...Lan, nak tanya sikit la, Anis Afida tu dah kawin ke lum?


No comments:

Post a Comment