Thursday, February 28, 2013

PILIH CALON KERANA MAHU BR1M LAGI...

   
"Kalau semata-mata kerana mahu balas budi BR1M 500 ringgit.... Itu harga diri??? Maka perlu diperbetulkan. Maka kat sini aku nak juga perbetulkan Datuk Haron Din.

Bukan RM500 tu yang menjadi harga diri, tetapi tahu membalas budi itu lebih tinggi harga dirinya dari orang yang tak tahu membalas budi, hanya tahu menerima dan menarkul tetapi tak tahu berterima kasih.

Selaku penerima BR1M, bagaimana mungkin aku tak akan mengundi calun BN pada PRU 13 nanti? Pasti.... sangat pasti aku akan mengundi BN sebagai menghargai segala jasa-jasa BN dan juga BR1M. Sekurang-kurangnya, kalau BN terus memerintah lagi, akan ada harapan untuk aku menerima BR1M lagi ditahun-tahun mendatang. 

Dan bagaimana harus aku nak mengundi PAS atau Pakatan, kalau setiap kali datang berceramah, hanya tahu menadah kopiah dan beg plastik meminta ehsan dari rakyat untuk buat belanja tuang minyak?

Dan bagaimana pula aku nak percaya bahawa puak Pakatan akan mampu memakmurkan rakyat sekiranya mereka memerintah sekiranya segala bentuk bayaran yang kononnya membebankan yang sebenarnya merupakan hasil negara mahu dihapuskan? Kalau memerintah dengan segala sumber yang kurang, bagaimana kerajaan mahu menolong rakyat yang susah?

Sepatutnya selaku Timbalan Mursyidul Am PAS, sekiranya Haron Din takut ahli-ahli PAS termakan budi dengan BR1M yang merupakan cetusan idea dan kebijaksanaan pemimpin BN mentadbir hasil negara, beliau perlu melarang atau memfatwakan agar ahli-ahli PAS bukan sahaja tak menerima BR1M, malah isi borangpun jangan. Tapi bila umum aje BR1M, orang PAS le yang berlumba-lumba isi borang dan yang yang paling awal beratur. Maka kalau mereka suka dan rasa terlapang seketika dari kesempitan kewangan dek kerana RM500 tu, kena le ajar dan nasihatkan dia orang agar tahu berterima kasih. Baru le power kalau ayat tu keluar dari mulut ulama'!!!


1 comment:

  1. Jadi secara logiknya kalau mengikut kata-kata Harun Din ni, kita jangan beri undi pada parti DAPig di Penang hanya kerana RM100 yang diberikan semata-mata mahu membalas budi walaupun itu kempen yang DAPig akan gunakan masa PRU-13 nanti. Kene tolak DAPig juga kerana menyuruh orang Islam menggadai kalimah Allah supaya digunakan dalam bible. Bagaimana kata tuan guru?? Memang patut kami tak mengundi DApig? Sila keluarkan fatwa HARAM tuan guru tu...

    ReplyDelete