Wednesday, March 27, 2013

AWAS, JAGA JARI ANDA

    
     
Awas, jaga jari anda dari taktik licik puak Pakatan. Dipercayai pada hari-hari terakhir sebelum mengundi, mereka akan menggerakkan kaum hawa mereka dan menyamar sebagai NGO malah silap-silap mereka akan memakai baju Wanita dan Puteri UMNO, pergi menemui pengundi wanita dari rumah ke rumah khususnya di luar bandar kononnya untuk mengajar cara mencelup jari dengan dakwat hitam.

Ingat...bila jari dah dicelup dakwat tersebut, ia akan mengambil masa tujuh hari untuk luntur dan sekira ianya berlaku, maka mereka dianggap sudah mengundi dan tidak sama sekali diberikan peluang memasuki bilik pengundian pada hari mengundi semasa pilihan raya nanti.

Begitu juga dengan kaum lelaki yang tak begitu yakin samada isteri mereka menyokong BN atau tidak. Hindarkan perbuatan meng**** ketika bersama pada hari-hari terakhir sebelum mengundi. Ingat, jangan sampai jari anda hitam sebelum mengundi!!!
   


No comments:

Post a Comment