Tuesday, March 19, 2013

JUI MENG... LU BOLEH BLAHHH

Bukan main seronok lagi Dr Boo apabila Ketua Umum PKR sendiri yang mengumumkan bahawa Kit Siang, pencetus 13 Mei sebagai calun untuk Parlimen Gelang Patah pada PRU 13 nanti. Senang kerja dia. Tak payah lagi dia nak bertekak dengan Jui Meng soal perebutan kerusi. 

Nampaknya bukan sahaja DAP yang tak percaya dengan Jui Meng ni, Nuar sebagai Ketua Umum PKR juga tak percaya kepadanya. Selama ini dia hanya melantik Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor hanya untuk dipergunakan sebagai bekas menteri kerajaan BN agar memburuk-burukkan BN. Rupanya bukan kerajaan BN yang buruk, tetapi Jui Meng yang buruk sehinggakan PKR sendiri tak pandang dan tak menaruh kepercayaan kepadanya.
  
   
Dengar kabarnya, sewaktu pengumuman dibuat oleh Nuar, Jui Meng tak ada. Malah PJ PAS Negeri Johor juga kabarnya tak kelihatan. Tak tahu menyorok kat mana. Ini nasib Jui Meng. Dah puas diperah dan diperalatkan untuk memburuk-burukkan rakan seperjuangan lama, sampai masa nak pilihanraya, lansung tak diendahkan. Mungkin begitu jugalah nanti dengan nasib Tamrin, Lajim Ukin, dan ramai lagi. Kepada yang dah berpaling dari BN tu, ingat-ingatlah, bahawa ini adalah game yang dimainkan oleh Nuar Berahim dan Mat Sabu atas desakan DAP. Jangan main-main!!!

Wahai orang Johor.... ko orang kena ingat ya... kalau Jui Meng yang berbuih mulut keliling Johor berkempen untuk Pakatan boleh mereka sapu dan campak dalam tong sampah, apa ko ingat kalau mereka menang nanti, mereka nak campak ko orang dalam tong duit atau tong beras?


No comments:

Post a Comment