Sunday, March 17, 2013

KIRIM SALAM KAT HADI AWANG!

   
Kirim salam kat Hadi Awang. Boleh blahhh sama Kit Siang. Dua taiko Pakatan ni cuba nak mempengaruhi orang Pengerang agar mengundi mereka dalam PRU 13 nanti. Boleh ke? Realitinya adalah gambar di atas, walaupun dua taiko tua Pakatan yang datang ke dewan Cina kat Pengerang malam tadi, dewan tu masih tak penuh. 

Berdasarkan program-program Pakatan yang lepas yang pernah aku menyusup masuk, dewan tersebut hanya mampu menampung 92 meja yang setiap satu untuk 8 orang yang bermakna kalau penuh cuma 736 orang sahaja. Hahaha.... berapa kerat aje orang Pengerang yang datang setelah ditolak dengan yang mengekor Hadi Awang dan Kit Siang dari segala pelosok Tanah Melayu?

Tergugatkah BN di Pengerang pada PRU 13 nanti kalau dibandingkan dengan program yang dibuat oleh Datuk Seri Azalina di Dataran Penawar pada 12 Mac yang lepas? Korang tengok, berapa ramai yang hadir?
   
   
Ramai yang hadir, sebab BN buat majlis ilmu, panggil penceramah yang berilmu, yang tak mengumpat, yang tak memfitnah dan yang tak mengata orang lain. Bukti di atas dah jelas bahawa orang Pengerang dah tak suka dengan umpat fitnah dan kata nista puak pembangkang terhadap kerajaan BN. Hehehe.... Hadi Awang, mu jangan ikut Kit Siang, lebih baik balik Terengganu, menung-menungkan semula segala apa yang dah 'terrr' ikut-ikut dengan cara DAP tu.


1 comment: