Saturday, March 30, 2013

KIT SIANG AMAL KUKU BESI DI JOHOR

    
Belum pun reda lagi rajuk Jui Meng kerana dirampas kerusi parlimen idamannya oleh Kit Siang dengan bantuan Nuar Berahim, kini Kit Siang tanpa merujuk mahupun meminta laluan dari rakan-rakan Pakatannya telah mengarahkan pasukan kempennya agar "menjajah" DUN Johor Jaya pula.

Perkara ini telah disahkan oleh seorang pemimpin DAP yang merujuk kepada mesyuarat Lim dengan pasukan kempennya pada Khamis lepas (sini).

Ini jelas menunjukkan bahawa Kit Siang mengamalkan dasar kuku besi. Kalau dia dah mahu, tetap dia mahu tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Kalau rakan-rakan seperjuangannya bersama dalam Pakatan boleh dikhianatinya, adalah sesuatu yang tidak mustahil dan menjadi perkara enteng baginya untuk mengkhianati pengundinya sekiranya telah dapat kuasa, apatah lagi kalau pengundinya itu Melayu. Ini kerana bencinya Kit Siang terhadap Melayu sudah terbukti pada peristiwa 13 Mei 1969.

Sayangnya, Melayu PAS dan Melayu PKR masih buta dengan menjangka bahawa Kit Siang berpolitik kerana menentang UMNO. Mereka masih terbuai dengan mimpi benci UMNO mereka dengan bersekongkol dengan DAP walhal DAP dan Kit Siang bukannya menentang UMNO, tetapi mereka berpolitik kerana menentang kuasa Melayu. Harapan aku agar Melayu Johor tanpa mengira fahaman politik, akan bersatu menentang dan menolak DAP dari bumi Johor yang bertuah ini. Insyaallah.


No comments:

Post a Comment