Sunday, March 31, 2013

PAS DIRIKAN MASJID?

   
Best ayat Hadi Awang ni; "PAS bukan agama, agama bukan PAS. Manusia bukan agama, masjid bukan agama. Tapi kita kena masuk Islam, masjid didirikan atas tuntutan Islam. Begitulah PAS ditubuhkan atas dasar politik Islam".

Bercakap soal tuntutan Islam ni, PAS pernah memerintah beberapa buah negeri di Semenjung Tanah Melayu. Maka atas dasar tuntutan Islam itu, nak tanya, berapa banyak PAS dirikan masjid di Kelantan? berapa banyak di Terengganu? dan berapa banyak pulak di Kedah?

Nasib baiklah UMNO menerajui pemerintahan Tanah Melayu ini walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh orang PAS terhadap UMNO kerana mereka sendiri tak mampu nak dirikan masjid sebagaimana pemerintahan yang diterajui UMNO. Rasanya kalau PAS yang menerajui pemerintahan Tanah Melayu ini, dah banyak masjid yang kopak kapik. Orang-orang PAS.... buka-bukalah mata dan fikir-fikirkanlah!


No comments:

Post a Comment