Wednesday, March 13, 2013

RAFIZI DAH TELEK MANGKUK PUTIH

Kenapa masih lagi nak kata konspirasi UMNO? Apakah ini sebahagian dari langkah tindakan awal Rafizi sekiranya benar Anwar ditahan berhubung dengan insiden Lahad Datu? Mengapa Rafizi semacam yakin yang Anwar akan ditahan? Apakah ada sesuatu yang dia tahu tentang Anwar dan Lahad Datu dan dengan mengatakan sekiranya Anwar ditahan nanti merupakan konspirasi UMNO, secara tidak langsung walaupun Anwar ditahan kerana keselamatan dan kedaulatan negara, UMNO juga yang bersalah?
   
   
Politikus yang lebih mengutamakan parti dan individu dari kedaulatan negara dan keselamatan rakyat, wajib ditolak dalam PRU 13 nanti. Dalam hal berkaitan kedaulatan negara yang diceroboh, eloklah politikus mengelak dari mengeluarkan suara-suara sumbang. Serahkan pada pihak yang berkuasa untuk menyiasat.

Berhentilah dari tuding menuding antara satu sama lain untuk kepentingan politik. Bersatulah mempertahankan kedaulatan negara. Beri mandat dan kepercayaan kepada yang berkuasa melakukan penyiasatan. Tak perlulah berandaian yang bukan-bukan.


1 comment:

  1. memang pun anwar mengharap sangat untuk ditahan,sebab kalau anwar ditahan separuh tugasnya telah selesai,biarlah dia bebas,harap kerajaan tidak masuk perangkap yg memang sengaja dipasang.

    ReplyDelete