Sunday, March 24, 2013

SULTAN JOHOR RASMI RUMAH GENERASI KE 2 FELDA, YAB MENTERI BESAR TIADA

   
Siang tadi berlaku satu majlis perasmian untuk perumahan generasi ke 2 Felda di Felda Sungai Sayong yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor. Hebat anak-anak peneroka ni, tanah dikurniakan oleh kerajaan, rumah dibantu bina melalui SPNB, kemudahan asas pula mendapat peruntukan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kemudian dirasmikan pulak oleh DYMM Sultan. Apa lagi yang terkurang wahai "ANAK" Felda?
   
     
Apapun majlis siang tadi menjadi sedikit tandatanya apabila YAB Menteri Besar, Datuk Hj Abd Ghani Othman tidak turut hadir. Apakah ini petanda bahawa YAB MB tidak akan bertanding lagi pada PRU 13 nanti? Apakah YAB MB tidak dijemput? Atau ada individu tertentu yang cuba mendapat kredit politik dari projek ini?

Selain itu, timbul juga tandatanya, mengapa majlis perasmian perumahan ini seolah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana generasi yang teribat dalam projek ini ialah kelompok empat buah Felda iaitu, Felda Sungai Sayung, Felda Pasir Raja, Felda Bukit Besar dan Felda Bukit Ramun tetapi rumah yang siap hanya sekitar 20 buah sahaja di Felda Sungai Sayung sedangkan di lain-lain Felda masih belum ada sebuahpun rumah generasi ke 2 yang telah sempurna berdiri!

Dukacitanya, bahawa projek ini adalah dalam DUN Pasir Raja tetapi ianya diuruskan oleh Ahli Parlimen Tenggara kerana ianya projek persekutuan. Apa yang jelas, sedari mula pelancaran projek ini, ianya seolah-olah monopoli politik oleh Ahli Parlimen Tenggara dan ADUN Panti (Ketua UMNO Bahagian Tenggara). Bayangkan, ADUN Panti sanggup meninggalkan Panti dan datang ke Pasir Raja, melangkau kawasan datang kesetiap 4 buah Felda tersebut hanya untuk menaikkan batu asas dengan mengenepikan ADUN Pasir Raja yang dipilih oleh rakyat Pasir Raja!!! Apa cerita ni??? 
  
Pelancaran batu asas di Felda Sungai Sayung
Pelancaran batu asas di Felda Bukit Ramun
Apapun, dengan perasmian hanya untuk 20 buah rumah yang siap ini, yang pada pandangan aku hanya untuk kredit politik menjelang PRU 13, tidak akan menjadikan generasi ke 2 yang lainnya yang jumlahnya seramai 551 tertunggu-tunggu kerana kesemuanya dijanjikan akan dapat menduduki rumah baru sebelum Hari Raya Puasa tahun ini. Almaklumlah, sedangkan belum dirasmikan lagipun, banyak yang tertangguh, apatah lagi kalau dah dirasmikan!!! Sekadar ingatan.
   
   
Jom tengok gambar-gambar sekitar majlis siang tadi.
   


No comments:

Post a Comment