Tuesday, April 30, 2013

GENG BAJU KUNING NAK BERSIHKAN DUN PASIR RAJA

     
Alamakkk... ni geng baju kuning berkumpul kat DUN Pasir Raja, Johor ni nak buat apa pulak? Apa bendanya yang nak di BERSIHkan? Dah le gitu, kalau tengokkan gambar, geng baju kuning ni berada dalam satu majlis. Ini musim majlis kempen pilihanraya. Dia orang kempen ke?

Jangan terperanjat! Ini geng baju kuning, bukannya geng Ambiga. Geng-geng ini semuanya benci dengan Ambiga, puak LGBT, puak penganut pluralisme, puak chauvinis perkauman dan puak yang menjual agama demi kepentingan politik. Geng-geng ni handsome-handsome  dan muda belia belaka.
    
      
Mereka bukannya geng merusuh. Mereka adalah belia-belia dari Jelajah Anak Malaysia yang berkampung di DUN Pasir Raja sepanjang musim berkempen ini hanya semata-mata untuk memberi sokongan kepada calun Barisan Nasional N35 Pasir Raja, Datuk Dr Adham Bin Baba dan turut berkempen untuk memastikan kemenangan yang besar dengan menyapu BERSIH undi-undi Pakatan di DUN Pasir Raja.
    
         
Geng ini datangnya dari seluruh pelusuk Malaysia dan mereka ini sangat menghargai bakat-bakat muda profesional seperti Datuk Dr Adham ini. Mereka tahu 'track record' Dr Adham sepanjang sepenggal sebagai Ahli Parlimen Tenggara dan sepenggal lagi sebagai ADUN Pasir Raja. Mereka menyokong Dr Adham kerana keyakinan mereka yang tinggi bahawa Dr Adham adalah barisan yang baik untuk bersama-sama dengan Datuk Sri Najib meneruskan misinya demi kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan negara. Bagi mereka, pengundi DUN Pasir Raja sangat beruntung mendapat pemimpin seperti Datuk Dr Adham ini.

Bagaimana dengan orang DUN Pasir Raja? Anak-anak muda geng baju kuning ni rata-ratanya orang luar tau! Kalau mereka begitu mengkagumi Dr Adham, apakah anda ingin mensia-siakannya. Zahirkan sokongan anda kepada calun BN ini pada 5 Mei 2013 nanti dengan mengundi Barisan Nasional. Pakat-pakatlah seluruh warga DUN Pasir Raja, kita BERSIHkan puak Pakatan Rakyat dan kalau boleh kita hilangkan wang pertaruhan mereka. 

Jommm.... sama-sama kita PILIH ADHAM, SOKONG NAJIB, UNDI BN demi agama, anak bangsa dan negara tercinta.


No comments:

Post a Comment