Wednesday, April 24, 2013

KEMPEN POP YEH-YEH DI TENGGARA

       
Kempen pop yeh-yeh di Tenggara? Hehehe... kalau korang tengok lagak dan gaya calun PAS untuk parlimen Tenggara ni, si Mat Said Jonit berkempen, memang langsung tak ada gaya pemimpinlah. Kalau setakat gaya penyanyi pop yeh-yeh karaoke kampung tu ada le.

Tu sebab kempennya pada hari kedua selepas penamaan calun yang diadakan di Dataran Niaga Sibol, hanya sekitar 20 orang sahaja yang hadir. Tupun semuanya totok-totok PAS yang dah berkulat yang kalau tak dikempenkan apa-apapun, tetap akan memangkah PAS.
  
    
Kenapa seorang calun yang dulunya bekas pegawai kanan Felda tidak dipedulikan oleh masyarakat Felda ketika berkempen? Sendiri mau ingat le Mat Said wooo! Ramai orang Felda yang marah dengan Felda Plantation yang pernah diterajuinya dahulu. Ramai yang dah rasa sengsara kerana kegagalan kakitangan Felda menjalankan amanah tanam semula kebun peneroka. Tak payah le nak jual air liur dengan warga peneroka - buang karen aje!

Pun begitu, ada satu perkara yang lebih menyebabkan beberapa orang yang mendengar ceramah Mat Said pada malam itu cukup marah. Perkara ni dah menjadi buah mulut penduduk sekitar. Apa dia? Ia berkaitan isu kalimah Allah. Apa yang Mat Said cakap? Tunggu!!!.... dah dekat-dekat dengan pilihanraya nanti aku akan ceritakan. Kalau korang tau, korangpun pasti akan marah. Jangan lupa, kerap-kerap le menjengah blog TiS.

Kepada sahabat pembaca, sekiranya ingin mengetahui pergerakan calon BN di Tenggara terutamanya di DUN Pasir Raja tempat tinggal penulis, sila klik link page FB (SINI) ini dan pakat-pakat le "Like" tanda sokongan kita kepada calun BN. JOM... UNDILAH CALON BN!
   


No comments:

Post a Comment