Woi... undi PAS hukumnya HARAM tau! Ni bukan aku yang cakap, tapi para ulama yang cakap. Bukan seorang tapi 150 orang tokoh ulama. Mereka bukan buat deklarasi suka-suka ikut perasaan. Meraka bersidang, berbincang, bertukar-tukar ilmu dan pendapat selama 3 hari!!! Selepas 3 hari, inilah hasilnya. UNDI PAS DAN PKR ADALAH HARAM. Kalau dah undi PAS dan PKR haram, maka kalau nak bagi juga undi kat DAP, tu dah namanya Haramjadah!
GURUN: Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.
PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.
"Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.
Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.
Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.
Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.
"Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).
"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.
Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.
"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah," katanya.
Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah. - BERNAMA
Bagi ahli pas, otak nik ajis walapun satu tetapi lebih geliga dari otak 150 ulama minda.
ReplyDeleteNik Aziz ularmak tersohor bukan sahaja menolak Islam tetapi melelong Islam demi untuk sehelai undi. Nik Aziz sebenarnya ularmak yang akan membawa pengikut2 dan beliau sendiri ke neraka.
ReplyDelete