Apa dah jadi? Aku nak ulas panjangpun, tak pandai sebab aku bukannya ahli ekonomi, cuma budak blogger aje.
Carta kat atas tu adalah carta harga minyak sawit mentah (CPO) terkini yang diambil dari laman MPOB. Nampaknya harga minyak sawit mentah dalam jajaran menaik.
Tapi kenapa yek... carta kuning kat bawahnya tu ialah carta harga saham FGV yang perniagaannya banyak terlibat dengan CPO dalam jajaran menurun pulak? Kalau tengok pada harga Jumaat tadi, dah tinggal RM4.41 aje sesaham.
Hehehe, PRU dah habis, kerja dah tak sesibuk masa kempen lagi dah. Apa cite Mat Maslan dan juga Isa Samad. Dulu hari-hari dok jaja cerita FGV. Buat le sesuatu untuk gumbirakan warga Felda.
hang mimpi ke,kat mana kau tengok harga minyak kelapa sawit dalam jajaran menaik?.
ReplyDelete