Beberapa hari ni agak kurang menulis. Bukannya apa, banyak masa bersama kengkawan cuba memahami "transformasi" politik DS Najib selepas melihat senarai kabinet barunya. Rupa-rupanya kengkawan juga masih tak dapat membaca apa yang ada dalam kepala DS Najib.
Yang paling tak paham ialah perlantikan Waythamoorthy sebagai Senator untuk dijadikan Timbalan Menteri. Apa hebatnya si Waytha tu? Kalau mengikut apa yang diupdatekan di Wikipedia, Waythamoorthy itu ialah He is also seeking to strike out Article 153 of the Malaysian Constitution which acknowledges Malay Supremacy. He also wants the court to declare that Malaysia is a secular state and not an Islamic one.
Kalau nak tambah pemimpin India dalam kabinet, apakah dah tak ada lagi pemimpin India yang berkaliber dari MIC, IPF atau KIMMA yang tak pernah menyanggah perjuangan BN? Malahan rasanya, sekiranya DS Najib melantik wakil dari KIMMA, seorang India Muslim, BN bukan sahaja bakal mendapat sokongan dari masyarakat India, tetapi rasanya tindakan itu juga bakal mendapat sokongan majoriti umat Islam dan mungkin sedikit sebanyak dapat memenangi hati pengundi Islam atas pagar.
Agenda Waythamoorthy hanyalah untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan masyarakat India dalam masa 5 tahun ini. Apakah terlalu teruk atau terlalu ramai masyarakat India yang tidak mempunyai kad pengenalan hingga memerlukan seorang Timbalan Menteri untuk menyelesaikan? Benarkah angka-angka yang diberikan tentang jumlah masyarakat India yang tak mempunyai kad pengenalan? Dalam masa yang sama pula, diharapkan agar Jabatan Imigresen dapat memberikan angka, berapa ramai warga India yang masuk ke Malaysia yang didapati tidak keluar semula sebagaimana ramainya warga China yang dilaporkan tidak keluar semula. Ini kerana kalau ditanya dengan aku, memang tak dapat aku membezakan mana satu India Malaysia dan mana satu India dari India sebagaimana gagalnya aku membezakan antara Cina Malaysia dengan Cina China mahupun Cina Singapura.
Jangan nanti bila dah jadi Timbalan Menteri, bila hajat tak kesampaian si Waytha ni melancarkan mogok lapar pulak. Berdasarkan latarbelakang Waytha ini yang mahukan Artikel 153, Perlembagaan Malaysia dibatalkan serta mengisytiharkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan bukannya negara Islam ada nada sinis dari rakan-rakan buat DS Najib. Kalau nak suruh Melayu marah, tak payah lantik Waytha sebagai Senator, lebih baik lantik aje Rosmah Mansur tu sebagai Senator, sekurang-kirangnya boleh juga dijadikan Menteri Pengangkutan!...ada le platform untuk DS Rosmah ke depan!!!
4 comments:
kik kik kik
Cadangan terbaik...macam lobang jubo
Rosmah Mansur ? Ang sihat ka dak ? Nak bodek pun agak2 la..
ORANG MELAYU ...ISI MINYAK DI PETRONAS SAJA
... samada DSN guna taktik..' keep your friend close, but keep your enemy closer..' atau ada perjanjian lain yang kita tidak tahu.. atau.. cadang nak 'resign' masa Mesyuarat Agung akan datang... bior yang ambil alih tahu bertapa pedihnya hati bila sebelum jadi PM dah kena hina.. jadi PM pun kena hina... dia pun manusia biasa macam kita juga... ada perasaan.. lagi pun dalam kubur nanti sendiri-sendiri jawab....
Post a Comment