Thursday, May 16, 2013

TOK LIMAH, RAYA LAGI 85 HARI

Tahniah kepada Tok Limah yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kalau dulu, bila Tok Limah melawat kawasan, selalunya pasti ada "out rider" dari budak Felda Sayong yang pakai motor besar yang dibeli dari lelongan PDRM, tapi kali ini pasti selaku Timbalan Menteri, Tok Limah dah tentu ada out ridernya sendiri dari PDRM. Tentu lagi garang dan gempak bila Tok Limah ke kawasan.

Bercakap soal garang dan gempak ni, sesuai dengan portfolionya sekarang ini, aku cuma nak tanya Tok Limah, ingat tak lagi betapa garangnya dia bercakap sambil menyingsing baju di depan generasi ke dua Felda Bukit Ramun yang mana ketika itu KM Melaka yang baru, Datuk Idris Haron turut hadir selaku Pengerusi SPNB? Itu pada tanggal 19 Februari yang lepas.

Masa tu suara Tok Limah hanyalah sebagai suara wakil rakyat, ahli parlimen biasa. Dengan garang dan gempaknya Tok Limah meletakkan batu asas dan memberi keyakinan kepada generasi kedua Felda Bukit Ramun bahawa pada hari Raya Puasa tahun ini, mereka bakal menduduki rumah baru.
    
     
Kat atas ni adalah gambar yang diambil pada tanggal 19 Februari yang lepas dan tapak itu adalah tapak rumah yang dirasmikan. Semua generasi kedua Felda Bukit Ramun berkeyakinan tinggi, pada hari Raya Puasa tahun ini mereka akan menyambut tetamu di rumah baru mereka.

Itu pada 19 Februari. Apa dah jadi dengan rumah yang dirasmikan itu pada hari ini? Raya Puasa cuma tinggal 85 hari sahaja lagi. Ini gambar terbaru rumah yang dirasmikan tersebut yang diambil pagi tadi.
    
     
Janjinya dahulu rumah pasang siap yang boleh siap dalam masa 10 hari bagi setiap unit rumah. Tapi kini dah jadi momokan sebagai rumah PASANG TAK SIAP. Pekerja kontraknya, seorangpun dah tiada. Bila nak siap? Ada le lima enam rumah yang dah naik batu, tapi rupanya macam gambar di bawah ini.
    
      
Tak ada bahan binaan, tak ada buruh. Bila nak siap? Raya cuma 85 hari sahaja lagi. Yang mendapat pembiayaan dari SPNB di Felda Bukit Ramun adalah seramai 134 orang, namun tak ada sebijipun rumah generasi kedua tersebut yang dah siap sejak ia dirasmikan pada 19 Februari lepas. Ada tapak yang rumput menerung dah hidup semula!

Makanya Tok Limah tak boleh buat kenduri atau jamuan kesyukuran dahulu kerana dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Langkah pertama kena sejahterakan, kena siapkan rumah di tempat orang-orang yang yakin dengan garang dan gempak Tok Limah dengan memberikan undi mereka pada PRU 13 yang lepas.

Nak lebih gempak dan garang, siapkan rumah-rumah generasi kedua yang terbengkalai tersebut sebelum Raya Puasa ini, sebabnya generasi kedua Felda Bukit Ramun beranggapan kalau dulu sebelum PRU, janji Tok Limah cuma janji ahli parlimen tapi kini kalau dah tentu-tentunya jaga perumahan, pasti sebelum puasa dah boleh siap...kan...kan...kan!!!


No comments:

Post a Comment