Friday, June 7, 2013

INI BUKAN ISU POLITIK, MCA SEGAMAT JANGAN KURANG AJAR

     
Isu tarian gelek separuh bogel yang diadakan di tempat awam dan terbuka di pasaraya One Segamat sudah beberapa hari hangat. Ia ekoran teguran ikhlas dari YDP PAS Segamat Firdaus Masod yang melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.

Teguran ikhlas YDP PAS itu disambut secara politik pula oleh Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee hingga membayangkan sekiranya Johor diperintah oleh kerajaan Islam, ianya akan mundur.
    
       
Bagi aku, kelancangan melampau MCA itu seolah-olah mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengira sensitiviti agama dan bangsa lain. Aku secara peribadinya bersetuju dengan teguran YDP PAS tersebut, adalah tidak elok acara sebegitu diadakan di tempat awam yang ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Kalau MCA rasa nak bebas, nak berbogel sekalipun, bogellah, tetapi bukannya ditempat terbuka.
     
     
Acara yang dibuat sempena sambutan Hari Bapa tersebut apakah ianya sebagai "hadiah mata" untuk kaum bapa agar garang menerkam kaum ibu sekembalinya dari One Segamat? Apa agaknya perasaan anak-anak kecil, perasaan remaja dan juga perasaan kaum ibu melihat atau "terlihat" perut dengan pusat terjojol meliuk lentuk menggelek berserta dengan tetek yang bergegar?

Walaupun aku bukannya ahli atau penyokong PAS, tetapi melihat pemimpin Islam dipeleceh sebegitu oleh Cina kafir, terpanggil aku untuk bertanya, manakah pemimpin UMNO Segamat atau Sekijang yang sememangnya berkongsi bandar itu? Kenapa tiada yang berbunyi? Kejadah apa dengan Cina Segamat? BN menang di Segamat bukannya kerana undi Cina. Apakah pemimpin UMNO Segamat/Sekijang juga rela anak-anak kecil dan remaja mereka melopong melihat penari gelek bergelek separa bogel dikhalayak umum?

Pandanglah isu ini dari sudut agama dan bukannya politik. Jangan biarkan pemimpin PAS yang Islam diperleceh oleh bukan Islam. UMNO wajib menghulur bersuara membantu PAS dalam isu ini. Kalaupun tiada, setidak-tidaknya mahu juga aku mendengar YB Datuk Ayub Rahmat dari Kemelah yang pernah hot dengan cadangan melaksanakan hudud di Johor agar berbunyi.


3 comments:

  1. kt segamat masih wujud mca lg ke....ingatkan dh mampos terkubur..hahah

    ReplyDelete
  2. apa kejadahnya depa buat smua ni, aku rs ni pasaraya punya program dan kekadg x ketahuan pun dek org luar even org politik. penganjur yg bodh kot buat smua ni. last2 nm busuk UMNO gak padahal xde kena mengena kot..smua dajal nak mengotorkan nm umno termasuk statement MCA tu...

    ReplyDelete
  3. ari tu kes kt BATU PAHAT suruh masjid slowkn speaker!nk berpolitik,politikla tp politik yg cerdik bknye politik sempit lg bebal.!

    ReplyDelete