Wednesday, June 26, 2013

SELEPAS ANGKAT SUMPAH, SESUMPAH TERUS YAKIN DENGAN SPR


Sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli parlimen bagi penggal yang ke 13, "Sesumpah" ni membuat bermacam dakwaan terhadap SPR. Ingatkan selepas dakwaan kononnya PRU 13 lalu dicemari dengan penipuan, "Sesumpah" ni tak akan mengangkat sumpah.

Rupanya beribu pengikutnya ditemberang agar berhimpun dalam cuaca berjerebu untuk meraikan "Sesumpah" ni mengangkat sumpah dalam Dewan Rakyat yang nyaman.

Tak lama selepas "Sesumpah" ni mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, tiba-tiba berlaku pulak satu kekosongan kerusi DUN di Terengganu ekoran kembalinya ke Rahmatullah ADUN Kuala Besut, Allahyarham Dr Abdul Rahman Moktar.

Belumpun sempat speaker DUN Terengganu menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada SPR, "sesumpah" ni dah berbunyi tentang kekosongan kerusi tersebut.
     
      
Kalau dah "Sesumpah" ni kata ada peluang baik untuk Pakatan Rakyat dalam PRK Kuala Besut ini, tak secara langsung sebagai mengiktiraf perlawanan yang bakal diadili oleh SPR itu. Kalaulah benar sebagaimana dakwaan "Sesumpah" ini tentang berlakunya penipuan dalam PRU yang lepas, takkan dia mengatakan kekosongan ini sebagai satu peluang yang baik untuk PR.

Atau mungkinkah selepas mengangkat sumpah, "Sesumpah" ni terus ketulahan dan tak semena-mena yakin dengan SPR? Patut le Che'GuBard tanpa segan silu menCIBAIkan "Sesumpah" ni!


No comments:

Post a Comment