Sunday, July 28, 2013

APA KE HALNYA ANAK SAMY VELLU NI?

           
Apa ke halnya anak Samy Vellu ni? Tahu ke tak tahu, atau buat-buat tak tahu kerana nak cari publisiti di media? Rasanya si Vell Pari ni cumalah anak bekas menteri yang juga mahu famous macam bapak dia tapi tak kena tempat.
           
            
Kejadah diskriminasi apa yang Vell Paari maksudkan dengan kes kantin di SK Sri Pristana? Bukan main lagaknya si Vell Paari ni, dah macam hero pulak nak membela si Guneswari Kelly yang mula-mula menyiarkan "masalah" yang bukannya masalahpun. Kononnya Vell Paari sanggup untuk pergi ke sekolah bersemuka dengan guru-guru demi membela Guneswari dan anaknya (MKini).

Hebat!!!... kenapa makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadhan sahaja dikatakan diskriminasi? Bagaimana dengan bulan Mac, April, Jun dan sebelum Ramadhan dulu, yang kesemua budak tanpa mengira kaum berehat dan makan di tempat tersebut? Tak payah le cari publisiti!!!

Teringat kehebatan Dato' Seri Samy Vellu dahulu ketika tersilap mengumumkan peruntukan membuat jambatan di satu kampung. 

“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini.”

Pakcik “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?”

Samy Vellu “Kalao takde sungai, kita bina sungai” (Samy Vellu's winning style)

Mungkin selepas ini Vell Paari pula akan berkata, "tak apa, tak ada jamban, kita bikin jamban".


1 comment:

  1. Raja Manickam Said:

    Samy Vellu rasmi Pos Laju cakap....Ini pos laju banyak laju..besok pos kalu..ini hari jugak sampai...< patut la kalah di Sungai Siput.

    ReplyDelete