Sunday, July 21, 2013

KAK IJAT TAKUT PECAH?

Kelmarin, Kak Ijat "kononnya" mempersilakan bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Azalina Othman Said untuk masuk gelanggang mencabarnya dalam pemilihan Ketua Wanita UMNO yang akan datang. Tapi bunyi pelawaan tu nadanya lain macam aje.

Dah ajak masuk gelanggang, tapi Kat Ijat mengingatkan Azalina supaya tidak bertanding dengan membawa mesej perpecahan di dalam sayap parti itu kerana dia tak mahu dengar Azalina nak bawa transformasi orang muda. 

Aduhai Kak Ijat, apa ke halnya? Takkan nak biarkan Wanita UMNO tu terus serabai macam mak nenek aje. Eloklah kalau nak ditranformasikan. Biar nampak muda, nampak bergetah sikit. Baru le ramai yang suka.
      
      
Kak Ijat juga berkata. "Kalau hendak (bertanding) kempen untuk semua jangan ada perpecahan antara Puteri, bekas Puteri dan Wanita. Ini akan menggalakkan perpecahan antara ibu dan anak maka tak cantik, tak berkat".

Eloklah tu, kalau dah tahu tak cantik, tak berkat dan nak elakkan dari perpecahan dan masam muka, eloklah yang bergelar ibu tu mengalah dengan anak. Yang dipanggil anak tu juga dah besar panjang dan dah pandai. Eloklah si ibu mengundurkan diri dan serahkan pulak kat anak. Tak le nanti si anak asyik berdoa agar si ibu mati cepat sebab nakkan tempat si ibu!

Kak Ijat dan wanita-wanita lama tu, jangan le pandang Azalina sebelah mata aje. Dah namanya pun bekas Ketua Puteri, si Azalina ni cuma malas nak bersolek aje, tapi kalau dia rajin ngadap cermin, rasanya kalah Puteri Gunung Ledang!!!


No comments:

Post a Comment