Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dah berbunyi tentang adanya kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik. Dah tentu ini akan jadi satu lagi beban untuk rakyat.
Pasti akan banyak rungutan dari pengguna kiranya ini benar-benar berlaku. Maklumlah, bekalan elektrik sekarang ini bukannya barang mewah, tapi satu keperluan asas waima yang duduk jauh dihujung perkampunganpun sekarang ini sangat-sangat bergantung kepada bekalan elektrik.
Diharapkan jangan nanti bila rakyat merungut, menteri akan kata, kalau rasa harga elektrik TNB mahal, jangan pakai elektrik, pakai le pelita dan kalau minyak untuk pelita mahal, pakailah lilin dan kalau lilin juga mahal, pakai sahaja jamung daun kelapa.
Apapun, sebelum apa-apa kenaikan berlaku, diharapkan agar kerajaan dapat menjelaskan beberapa perkara berkaitan TNB ini kepada umum, lebih-lebih lagi TNB ini merupakan sebuah GLC.
Antaranya, berapa bulankah bonus yang dinikmati oleh kakitangan TNB? Apakah dengan pengurangan bonus ini dapat menampung sedikit sebanyak kos operasi TNB? Sewajarnya bonus kakitangan TNB ini dicanang diakhbar-akhbar utama.
Selain itu, apakah tahap kecekapan kakitangan TNB dalam mengurangkan kos operasi? Berapa orangkah yang selalunya pergi untuk menyelesaikan masalah kabel putus? Berapa orangkah yang pergi hanya untuk menukar minyak transformer? Berapa orangkah yang pergi hanya untuk membaiki kerosakan atas talian dan lain-lainnya? Dan... berapa banyakkah bayaran overtime yang dapat dijimatkan kiranya kecekapan kakitangan ditingkatkan? Untuk pengetahuan pengurusan atas TNB, segala pertanyaan ini, ada asasnya dalam mengurangkan kos operasi keseluruhan TNB dengan membandingkan mutu kerja dan sikap pekerja-pekerja elektrik di kalangan kontraktor.
next election pangkah je PR. tentu harga letrik merudum jatuh
ReplyDelete