Satu ketika dulu, Nik Ajis memberikan "jempol" kepada Lee Kuan Yew, mungkin sebagai tanda untuk mengatakan bahawa Kuan Yew the best. Dan Nik Ajis ni adalah seorang dari three stooges yang menjadi tiang sokong kepada Pakatan rakyat!
Kini, bila Kuan Yew melancarkan bukunya bertajuk 'One's Man View of The World', yang antara lain mengatakan bahawa Pakatan tidak mampu mentadbir Malaysia, nampaknya Nik Ajis terpaksa mendiamkan diri membiarkan Karpal Singh dan Nuar Berahim aje yang bersuara.
Karpal membidas Kuan Yew dengan mengatakan bahawa pandangan Kuan Yew itu tidak berasas dan menyarankan agar Kuan Yew menikmati hari-hari tuanya (Karpal tak sedar yang dia juga dah tua).
Sementara Nuar Berahim pulak menyifatkan pandangan Kuan Yew itu sebagai "obsolete", pandangan lapuk yang mencerminkan pandangan generasi Tun Mahathir. Nampaknya Nuar Berahim ni, rindu dia pada Tun M semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Tun M juga yang disebut-sebutnya.
Berbalik kepada gambar di atas tu, agaknya sebab dah terlanjur di"jempol"kan, apakah akan ada suara Nik Ajis yang keluar untuk menyanggah pandangan Kuan Yew itu? Tidakkah Nik Ajis, sebagai sebahagian dari tiang Pakatan rasa terhina dengan Kuan Yew? Atau seperti biasa, kalau Cina yang hina, Nik Ajis akan terus tersenyum dan semakin akrab asalkan yang hina beliau itu bukannya datang dari Melayu?
Beslah komen-komen dalam artikel ini. Selepuk kena muka ketiga-tiga 3 Stooges yang masih tak perasan bahawa mereka sendiri pun dah tak relevan dan obsolete macam Kuan Yew.
ReplyDeleteSI BONGOK SOKONG SI BONGOK.....OUT OF DATE
ReplyDeletePandangan lky sekadar nak memberitahu semua pandangan dan telahannya betul belaka tetapi dalam masa yg sama kecewa dap gagal menawan putrajaya atas kelemahan yg ada pada pas dan pkr.
ReplyDeletePru14 dijangka pada 2018 adalah satu tempoh masa yg lama untuk lky sempat atau tidak utknya saksikan perubahan politik Malaysia dng jangkaan umno akan tewas.
Nik aziz sama standard dng paklah - bagai melukut tepi gantang.