Saturday, August 3, 2013

MENTALITI BEBAL ANAK KELANTAN WARISAN POK NIK

Cuba korang baca status FB anak jati Kelantan ni yang di share ke merata tempat. Kerja dengan kerajaan pusat (kerajaan BN), tetapi mentaliti negatif warisan kerajaan PAS Kelantan tetap tebal. Apa juga kebaikan yang hendak dibuat, ditafsir negatif. Kalau kerajaan pusat yang buat, tetap dikatakan ingin mengenakan orang Islam. Apa punya otak ni? Ada ke patut, kalau pihak berkuasa nak buat urine test agar anak Kelantan terhindar dari gejala penyalah gunaan dadah dikatakan ingin kenakan Islam? Ada ke patut kalau pihak berkuasa nak periksa roadtax, periksa lesen memandu, agar rakyat mematuhi undang-undang, dikatakan mahu kenakan Islam.
   
     
Inilah bahana politik kebencian yang ditanam oleh PAS selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan. Tak ada satupun yang baik kalau ianya datang dari kerajaan BN, tapi bila bab nak cari makan, pandai pulak bermuka-muka menyembah mintak kerja. Kepada Malim Deman, aku harap engkau berhentilah dari menjadi sebahagian dari anggota kerajaan BN dan lebih baik mintak kerja dengan PAS jadi pemungut derma setiap kali ada ceramah.


4 comments:

  1. Bab anak kelate perangai macam ni memang ramai...nak kerja dengan pusat bukan main lagi bermuka-muka bila interview...bla..bla..bla...bila dah dapat kerja alih-alih kutuk tempat dia kerja...kalau tak suka pi pakat ramai-ramai kerja kat kerajaan negeri kelate la....

    Duit ambil tapi tak mau sokong...tak sokong ok lagi...jadi penghasut pulak...

    ReplyDelete
  2. Bagus betul mamat nih... Siap bg tau kat mana ada roadblock.. Lipis ni kg aku, tempat tu tak panas sangat la bro.. Byk lg tempat lain..Nak bg tau, bg tau la tempat strategik..

    ReplyDelete
  3. Ore kelate ni hebat semace.

    Lawyer zaid nok same Jakim, overreach konon.

    Manusia , akan di beri pangkat kedudukan kuasa pengaruh pingat
    gelaran,pejabat besar pemandu kereTA :
    Manusia wajib di uji Allah dengan bermacam TA.
    MahkoTA. TAhkTA. HarTA. PeTA. WaniTA KereTA , TAnah TAwadukkan TAqwaan CinTA.
    TAnTAwi unTA KehebaTAn peTAh,
    Nik Aziz manusia biasa(serupa mamat kampung wakaf che Yeh aje ).
    Orang KelanTAn kerja KL dan Selangor amat selesa kerana tidak di uji dengan
    Air TAnah balak.
    Semua orang kelanTAn di KL dan Selangor rasa hebat lah 1Malaysia, bagus,terbaik ,dapat:
    kontrak dapat jadi KSU Kementerian ,jadi ahli Kelab ekxlusiv main golf,dapat tender,dapat kemewahan,kerja GLC GLIC,peluang kerja atas nama melayu.

    Alamat tempat tinggal mereka upmarket uptown upbeat upscale:
    Di Damansara,TTDI,Bukit Antrabangsa,Putra Heights,Shah Alam,Subang Jaya,Putrajaya,Country Heights.

    Anak mereka suka konsert kat KL sbb di KoTA Bharu TAk di benarkan.
    Datang siap dengan kostume," we are the world,hard rock cafe kemeja t, nike kasut.
    TAqyiah

    Luar kelanTAn,jaga identiti inner circle kelanTAn,exklusif guna budu curtain.ore luar tok leh masuk.
    Balik KelanTA teTAp ,pakat undi pangkah bule isle.
    TAqyiah.

    Kerja di Putra Jaya, 4500 undi Huse.

    Hebat lah kiTA semua
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  4. Bini aku Ore KlatenAugust 4, 2013 at 3:52 AM

    Jangan dicemburui pada anak-anak Klaten. Mereka berada dimana saja, 4 penjuru alam, berbekal tulang 4 kerat, kelebihan usaha dan daya fikir, semangat dan kegigihan serta tidak kurang dari pelarian kemiskinan.

    Mereka bukan sahaja berkhidmat dipejabat kerajaan pusat Putrajaya, KL, tapi lain-lain pejabat, consultant, memegang pos eksekutif sehingga kerani cabuk, tidak terkecuali lorong-lorong kecil. 42 ribu memerah keringat dan otot di Singapura menjadi tulang belakang industri perkapalan/marin/pelabuhan disana.

    Mereka di NASA, NY, London dan Moscow, merata dunia menjadi anak dagang, mewarisi pusaka turun temurun. Industri pelancungan & perhotelan Indonesia diungguli mereka. Didalam negara, mereka dipercayai & dimandati untuk memecah dominasi dan monopoli kaum asing dan Cina dalam industri berat, petroleum, perkilangan dan pemborongan. Nama-nama mereka tidak boleh diwartakan, memadai sebagai mereka ini diterima sebagai kekuatan diospora Melayu jati.

    Tetapi adat budaya Melayu, tak hasad tidaklah Melayu, saperti Cina tidak tipu bukanlah Cina namanya.

    Anak Klaten jangan dilihat melalui mata politik, tetapi lebih menerusi mata Melayu jati, kumpulan asal keturunan Cham, Nam, Yunan dan Bugis (ramai juga Jawa ),pemegang adat Temenggong sedarah dengan Anak Pahang dan Anak Johor. Anak-anak inilah tunjang bangsa dan agama, harapan tanah tumpah darah.

    Ramai juga anak Pahang dan Johor yang berjaya, tetapi disebabkan anak Klaten ramai jumlahnya, (disebabkan pembiakan dan diospora) mereka terserlah.

    Jumlah yang membantah dan tidak mengenang budi hanya sedikit, terutama yang bernasib malang dan ketinggalan. Ada yang gagal dalam perjuangan, tersungkur oleh keadaan. Mereka ini memberontak, offensif dan berdendam, saperti juga anak-anak Selangor, Melaka, Perak dan P.Pinang...juga mengambil jalan singkat menyalahi kerajaan.

    Tetapi bila kesedaran sudah sampai, bahawa darah yang mengalir didalam urat nadi dipertikaikan, keturunan dipersolankan, agama dan adat budaya dipersendakan, hak keatas tanah tumpah darah ingin dinyahkan...anak-anak ini akan kembali kepada fitrah asal usul, ibarat sirih pulang kegagang, Melayu didakapi.

    ReplyDelete