Thursday, September 19, 2013

ADUN DAP TAK RETI BAHASA ATAU CINA MEMANG TOLAK BN?

            
Ini apa kejadahnya ADUN DAP bagi DUN Tangkak sampai menjajah ke SKJC Nan Hwa di Bukit Kangkar yang duduknya dalam DUN Serom? Program Kelab Lions itu diadakan di SJKC Nan Hwa Bukit Kangkar, dalam DUN Serom. Apakah Kelab Lions tak peka, siapakah wakil rakyat bagi kawasan Serom. Apakah guru-guru Cina di SJKC Nan Hwa tak tahu siapa wakil rakyat mereka dalam DUN Serom?

Atau apakah sejak jadi wakil rakyat, YB Razak Minhat tak pernah balik kampung? Tak mungkin. Bukit Kangkar tu adalah kampung halaman YB Razak Minhat. SJKC Nan Hwa tu letaknya di laluan keluar masuk dia dari Bukit Kangkar untuk pulang ke kampung halamannya di Kg Parit Pelampung. Tak mungkin Cina Bukit Kangkar tak tahu bahawa YB Razak Minhat adalah ADUN mereka. Dan tak mungkin mereka tak kenal. Bukit Kangkar bukannya bandaraya, cuma setakat pekan kecil aje.

Apa tujuan dan maksud Kelab Lions dan juga guru-guru SJKC Nan Hwa Bukit Kangkar membelakangkan ADUN mereka sendiri hingga sanggup menerima ADUN DAP menjajah Bukit Kangkar walhal dalam DUN Tangkak sendiri, banyak masalah yang tak selesai? Atau guru-guru SJKC Nan Hwa Bukit Kangkar sudah menjadi ejen penyebar dakyah DAP untuk warga Cina di Bukit Kangkar? Selaku anak jati Bukit Kangkar, bagi aku, kalau bukannya Cina Bukit Kangkar, pastilah guru-guru SJKC Nan Hwa yang tak reti bahasa!

Dan kepada YB Razak Minhat, anda mungkin dulunya memang tak dikenali, maka kena le kenalkan diri anda dengan lebih aktif lagi di DUN Serom. Tunjukkan bahawa Ghani tak silap memilih penggantinya!


No comments:

Post a Comment