Monday, September 23, 2013

SIAPA BAKAL TERAJUI UMNO TENGGARA? ...PILIHAN TiS

            
UMNO Tenggara terus subur dengan demokrasi. Semua jawatan kena bertanding. Tiada satupun yang menang tanpa bertanding. Jawatan Pengerusi Tetap sekalipun, masih kena bertanding. Namun begitu, aku nampak ianya tetap dalam suasana kekeluargaan UMNO. 

Paling hot ialah jawatan Naib Ketua Bahagian. Pertandingan empat penjuru. Mungkin seronok agaknya gelaran Pak Naib. Selain jawatan Pak Naib, Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua dan Naib Ketua Wanita, Ketua dan Naib Ketua Pemuda serta Ketua dan Naib Ketua Puteri, semuanya bertanding 2 penjuru.

Semua yang menawarkan diri hebat-hebat belaka. Orang Tenggara memang hebat-hebat. Diharapkan ketika berkempen, semua mereka akan menawarkan kehebatan mereka untuk memimpin UMNO Tenggara sekiranya terpilih dan bukannya mencari ruang kekurangan calun lawan. Ini penting untuk menjadikan UMNO Tenggara lebih hebat dimasa-masa akan datang dan pemilihan kali ini bolehlah dianggap sebagai satu persiapan untuk pemimpin pelapis bagi UMNO Tenggara.

Sebagai pemerhati dan agak kenal juga dengan kesemua calun, mengikut pengamatan aku, kalaulah calun yang aku kumpulkan dalam gambar di atas terpilih untuk menerajui UMNO Tenggara, aku yakin UMNO Tenggara akan semakin hebat. Bagi aku mereka yang di atas ini adalah yang terhebat antara yang hebat. Apapun ini hanyalah pilihan Tenggara is Southeast dan Insyaallah akan menyusul tulisan aku tentang kehebatan calun-calun pilihan ini dan siapakah mereka dan yang pasti mereka-mereka di atas ini sangat-sangat dikenali bukan sahaja di kalangan perwakilan UMNO yang mengundi nanti, tetapi juga oleh masyarakat di Parlimen Tenggara ini walaupun aku setakat menyiarkan gambar sahaja tanpa nama.


No comments:

Post a Comment