Tuesday, October 15, 2013

SIAPA "CAI" KORANG UNTUK NP UMNO?

    
Heboh kononnya dah ada senarai "cai" untuk jawatan Naib Presiden dan 25 ahli MT UMNO yang patut dipilih pada 19 Oktober nanti.

Menurut Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, adalah menjadi satu kesalahan di bawah kod etika Umno sekiranya ada pihak tertentu mengedarkan senarai nama 'cai calon pilihan' bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi untuk dipilih.

Cai tak cai. Aku rasa tanpa senarai "cai"pun, ketiga-tiga NP sekarang ini memang bakal mengekalkan kerusi NP masing-masing. Apa tidaknya, tanya sahaja diri anda sendiri, mana satu ketua bahagian atau yang bertanding jawatan ketua bahagian yang berani meninggalkan tiga nama ini ketika mereka berkempen?

Faktor apa yang telah, pernah dan bakal mereka tolong berikutan kedudukan mereka diperingkat persekutuan dan dalam kabinet memang sukar untuk membuatkan ketua-ketua bahagian untuk tidak melobi bagi pihak tiga orang penyandang ini. Selain itu, apakah sekiranya mereka gagal mengekalkan jawatan mereka dalam UMNO, kedudukan mereka dalam kabinet juga akan tergugat? Sudah tentu tidak untuk masa-masa yang terdekat. 

Maka pastinya, demi kepentingan bahagian dan akar umbi, pastinya perwakilan akan dinasihatkan untuk mengundi penyandang yang ada sekarang. Walau sepopular mana sekalipun Mukhriz, apa yang mampu dilakukan untuk bahagian dan akar umbi jika kuasa eksekutifnya hanya terhad di Kedah sahaja? Lainlah kalau Mukhriz mempunyai tempat dalam kabinet persekutuan.

Selain itu, melihat gandingan calon-calon ini dengan Ketua Wanita UMNO dan juga perwakilan dari Sabah, maka memang jelaslah agak sukar untuk menggoyah kedudukan mereka. Ini hanya sekadar pandangan, bukannya "cai dan".


2 comments:

  1. Maka selama-lamanyalah UMNO sukar nak ubah pemimpin, di semua peringkat,khasnya di peringkat lebih tinggi kerana ahli akar umbi tidak dapat lari dari terus taat setia,kepada pemimpin terdekat mereka, walaupun terdapat pemimpin2 yang tidak lagi sesuai dengan keadaan dan masa lebih-lebih lagi kepada survival bangsa.

    Usahlah berfikir tentang "meremajakan" UMNO.

    ReplyDelete
  2. Habih Umno kalau sume orang dok berfikir macam hang, nak mengekal yang lama je...

    KolekKecil

    ReplyDelete