Thursday, November 28, 2013

GAJI NAIK...SOKONGGG

       
Tentu ramai yang sedang membicarakan tentang kenaikan gaji MB dan ADUN Negeri Selangor sekarang ini. Kalau ramai kengkawan dan pembaca yang tak setuju, aku mengambil pendirian berbeza...eloklah dinaikkan dan elok juga negeri-negeri yang ditadbir oleh BN juga mengambil langkah yang sama.

Bagi aku, naik lebih tinggi lagipun tak mengapa. Wakil rakyat ni ramai yang nak dijaganya, luas kawasan yang nak ditadbir. Kalau gaji pengurus kilang yang cuma tak sampai seratus pekerja yang nak dijaga, yang luas kawasan kilangnya tak seberapa, boleh digajikan melebihi gaji wakil rakyat.... sampai bila kita nak menghargai pemimpin kita?

Bila pemimpin rasa tak dihargai, apakah mungkin mereka akan menghargai kita? Jika pendapatan pemimpin ciput, apakah kita akan dapat pemimpin yang berkualiti? Akhirnya, mereka yang benar-benar berbakat dan mampu memajukan negara tidak akan berminat untuk mengejar jawatan politik kerana sektor lain lebih menguntungkan.

Apapun, bila gaji wakil-wakil rakyat ini dah dinaikkan secukupnya, maka berhentikan amalan melantik wakil-wakil rakyat ni memegang apa-apa jawatan dalam GLC dan sebagainya. Kalau gaji dah cukup banyak, perlu apa nak kejar lagi elaun dari GLC? Maka wakil-wakil rakyat ini bolehlah sepenuh masa berada dikawasan bersama dengan rakyat yang mereka wakili. Sebagai rakyat... tak perlu kita mencemburui pendapatan wakil rakyat kita. Memang wajar mereka diberi lebih dan yang lebih itu akan ke rakyat juga akhirnya. 


1 comment:

  1. tahniah mb selangor kerana menyahut slogan yang sering dilaungkan oleh pemimpin BN.NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI.

    INI BARU BETUL SALAH BN!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete