Kalau melihat kepada apa yang tersebar di media media sosial sekarang ini, telah ada titah dari DYMM Tuanku Sultan Johor agar cuti mingguan di negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.
Eloklah pihak-pihak yang diarahkan agar melihat implikasi pelaksanaan cuti tersebut menyokong titah DYMM Tuanku Sultan itu.
Banyak eloknya dari yang tak eloknya. Mungkin kalau dah terlaksana cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu nanti, tak le kita nampak ketika jemaah sibuk ke masjid, bebudak sekolah ada yang tak sampai rumah lagi. Mungkin juga nanti, tak ada le kakitangan yang diberi pelepasan untuk keluar sembahyang Jumaat, tapi melencong ke pusat-pusat membeli belah.
Selain itu, banyak urusan-urusan dengan pihak swasta, bank dan sebagainya, mungkin dapat dilaksanakan pada hari Jumaat dan Sabtu tersebut tanpa perlu kakitangan kerajaan memohon cuti atau mohon kebenaran untuk keluar dari pejabat dan begitulah sebaliknya terhadap kakitangan swasta yang ingin berurusan dengan jabatan kerajaan.
Harapnya, ia akan menjadi kenyataan dan ketika aku kecilpun, cuti di negeri Johor ni dah sememangnya pada hari Jumaat dan Sabtu. Tak pernahpun mendatangkan masalah. Semoga usaha ini mendapat sokongan semua pihak. Insyaallah.
eloklah tu, boleh sambung MC untuk hari minggu
ReplyDeleteNak buat kenduri kahwin tak boleh la ari jumaat, kena buat hari sabtu je la.
ReplyDeleteDalam Quran tak sebut Jumaat kena cuti, siap suruh berhenti berniaga dan sambung mencari rezeki selepas solat lagi. Menyusahkan orang nak meniaga dan berurusan dengan bank dan antarabangsa
ReplyDelete62:9
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Yang merisaukan nanti ari jumaat org lelaki x pergi solat jumaat pulak..membuta smpai ke petang kerana menyambut malam jumaat bg pasangan suami isteri..kalau yg pergi bercuti keluar dri negeri johor maka akan kuranglah org di masjid negeri johor waktu solat jumaat..yang bagusnya org kerajaan kenalah keje lebih masa coz ari jumaat dh x keje kalu jumaat keje time rehat mmg panjang
ReplyDeleteAdmin. dulu johor bukan cuti jumaat sabtu . Tapi khamis half day keje. Jumaat cuti. Sabtu dah keje balik.
ReplyDelete