Saturday, March 22, 2014

BILA WAN AZIZAH LUPA DIRI

  
Wan Azizah dilahirkan pada Disember tahun 1952. Maknanya di tahun 2014 ini, Wan Azizah dah berusia 62 tahun. Rata-rata orang Melayu di Malaysia ini kalau dah berusia 62 tahun, yang sedar diri, segan nak membahasakan diri mereka kakak. Mereka lebih selesa dengan panggilan makcik ataupun nenek.

Mungkin Wan Azizah lupa diri dia dah tua agaknya. Biarkanlah dia lupa diri asalkan pengundi Kajang tak pelupa seperti dia. Pengundi Kajang kena ingat semula, apa janji wakil rakyat PKR yang lepas. Pengundi Kajang kena ingat semula, apa pertolongan wakil rakyat PKR yang lepas bila gerai perniagaan mereka dirobohkan, kena ingat apa pembelaan yang dibuat bila lesen perniagaan dinaikkan selaju roket DAP. Pengundi Kajang kena ingat, apa yang dilakukan oleh wakil rakyat PKR yang lepas bila mereka mengadu tentang kesesakan lalu lintas. Pengundi Kajang juga kena ingat, kena ungkit segala janji-janji pilihanraya PKR pada PRU 13 yang lepas.

Selain dari itu, pengundi Kajang juga kena ingat, mereka bukannya boleh diperguna dan diperbodohkan oleh PKR. Biarlah Wan Azizah sahaja yang percaya dengan pujuk rayu Nuar kononnya dengan DUN Kajang, Wan Azizah mampu ke Putrajaya.
           

Biarlah Wan Azizah dengan kebodohannya. Kerusi DUN Kajang tak memberi apa-apa makna kepada pusat pentadbiran negara di Putrajaya. DUN Kajang hanya kerusi untuk Dewan Negeri, bukannya untuk Parlimen. Dah tua, dah berusia 62 tahun, Wan Azizah tak malu-malu untuk temberang pengundi Kajang.

Tak ada yang lebih baik bagi pengundi Kajang selain dari calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau telah terbukti merupakan seorang yang memperjuangkan moral lebih dari segalanya. Kesungguhannya mempertahankan ketinggian moral ialah bila beliau sanggup meletak segala jawatannya dalam kerajaan dan parti sebagai menunjukkan tanda tidak setuju Datuk Seri Chua Soi Lek, yang menghadapi masalah moral terpilih semula sebagai Presiden MCA. 
      
          
Sungguh berbeza keperibadian Chew Mei Fun dibandingkan dengan Wan Azizah. Dengan masalah moral Nuar Berahim, sepatutnya Wan Azizah lebih malu terhadap Chew Mei Fun. Wan Azizah memang tak sedar diri dan bukanlah calon terbaik buat pengundi Kajang. Kepada pengundi Kajang, anda tak perlu berfikir panjang, pilihlah Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil rakyat anda. Pasti Kajang akan berubah!!!
        


No comments:

Post a Comment