Saturday, May 10, 2014

MCA BOLEH CERITA HUDUD KALAU ....


MCA nak sibuk dengan isu hudud ni untuk siapa? Apakah untuk orang Cina? Apakah MCA masih lagi didengari oleh kaum Cina?

Kalau benar MCA masih lagi mempunyai tempat di kalangan pengundi Cina, kenapa MCA tak  mahu bertanding di PRK Bukit Gelugor yang mempunyai hampir 75% pengundi Cina?

Sepatutnya MCA kena tunjuk jantan dalam gelanggang, bukan cuma tahu menyalak sahaja. Sekurang-kurangnya masuk bertanding dan kurangkan majoriti DAP di Bukit Gelugor untuk menunjukkan bahawa ada peningkatan sokongan dari pengundi Cina terhadap MCA, baharulah ada sebab untuk MCA meratap soal hudud untuk kaum Cina. Kalau tidak, elok bubar sahaja MCA ni dan di PRU akan datang, banyak lagi pemimpin UMNO yang layak untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu yang difaraidkan kepada MCA.

4 comments:

  1. Setuju benar bubar je MCA ..Sudah nyata dgn keputusan PRU 13 dan PRK yg lepas majoriti tidak sokong BN malah dipermainkan minta peruntukan tapi tak skong kerajaan.Sampai bila nak kena tipu dgn dia org ni....Konon tak mahu jawatan dlm kabinet...pasti mereka ni ada rancangan yg tersirat.Parti UMNO ahlinya harus terus bersatu rapat kan saf bukan terus menyokong kepada kem tertentu.Jauhilah perebutan jawatan.Kalau itu masih diteruskan tidak mustahil bangsa Melayu akan musnah,punah ranah.

    ReplyDelete
  2. Di Kajang di mana majoriti pengundi Melayu MCA sibuk nak bertanding tapi di Bukit Gelugor di mana majoriti pengundi Cina tak berani nak lawan. Jelas MCA bergantung pada undi Melayu kerana dah di tolak oleh pengundi Cina.

    ReplyDelete
  3. Ekekekkeke......sonokkk tgk cina kene mainn ama mlayu...

    ReplyDelete
  4. Tak mahu hudud tapi menyalak mintak 8 post menteri....

    ReplyDelete