Wednesday, May 21, 2014

UNTUNG DYANA....IBUNYA AHLI UMNO


Untung calon DAP Telok Intan ini kerana ibunya ahli UMNO. Sifat ahli UMNO yang penuh dengan kasih sayang dan sentiasa menjaga keharmonian serta mengutamakan kekukuhan institusi kekeluargaan, membolehkan Dyana Sofya mendapat sokongan penuh dari ibunya untuk bertanding walaupun berlainan ideologi politik. Bagi ahli UMNO, keluarga mengatasi segalanya.

Dapatkah anda bayangkan sekiranya ibu si Dyana itu adalah ahli PAS dan Dyana pula bertanding sebagai calon UMNO? Aku rasa kalau ibu Dyana itu ahli PAS dan Dyana pula bertanding sebagai calon UMNO, dah lama si Dyana tu disumpah seranah dan dituduh kafir dan sebagainya.

Moga si Dyana yang terpelajar ini dapat merenung kembali pengorbanan ibunya, betapa kalau bukan terdidik dengan kesederhanaan dan kasih sayang UMNO, apakah dia mampu mendapat restu seorang ibu sebagaimana hari ini?

Kepada ahli dan pemimpin UMNO, janganlah kita melalak marahkan ibunya Dyana ini.  Mengapa mesti kita nak marahkan ibu Dyana yang UMNO untuk menyokong anaknya sendiri sedangkan dalam masa yang sama kita tak marahpun bila kerajaan yang UMNO kuasai tetap beri BR1M kepada penyokong pembangkang? Kita tak marahpun bila kerajaan yang dikuasai UMNO tetap beri bonus kepada kakitangan yang menyokong pembangkang? Dan banyak hal lagi yang kita tak marah.

Siapa tahu, mungkin dengan sikap dan kasih sayang ibu Dyana ini terhadap anaknya mampu mengubah haluan politik Dyana dimasa akan datang?

1 comment:

  1. Mungkin ibu Dyana ni mengharap anaknya jadi PM suatu hari kelak, tak?

    Kalau melalui proses UMNO, jangan jawatan PM atau TPM, jawatan Ketua Cawangan, Bahagian atau Ketua Wanita, Puteri pon tak terbau.

    ReplyDelete