Thursday, June 19, 2014

UNTUK SIAPA PENEROKA MINTA LESEN MPOB?


Elok juga tindakan sekumpulan peneroka ini mempersoalkan hasrat peneroka Felda Gugusan Kemahang yang menuntut lesen MPOB diberikan kepada mereka.


Apa perlunya mereka menuntut lesen MPOB? Untuk siapa? Peneroka Gugusan Kemahang ni cuma perasan hak mereka sahaja. Mereka tak pernah mahu berfikir akan hak Felda ke atas mereka. Pernahkah mereka terfikir bahawa Feldalah yang telah mengeluarkan mereka dari kepapaan hidup melarat tanpa tanah?

Kalaulah Felda itu sebagaimana lain-lain ladang sawit yang ada di dunia ini, sekuat manapun mereka bekerja dan sebanyak manapun yang mampu mereka hasilkan dari kudrat empat kerat mereka, PERCAYAlah, sampai matipun mereka membanting tulang, tetap mereka itu menjadi kuli ladang dan tak mungkin akan memiliki walau sejengkal tanah!

Janganlah terpengaruh dengan hasutan pihak luar. Belajarlah bersyukur dan berterima kasih. Kalau ada lesen MPOB sendiri, mana satu kilang sawit selain Felda yang dimiliki oleh Melayu atau Bumiputera? Kalau dari dulu peneroka diberikan lesen MPOB sendiri, rasanya ramai yang masih dalam kepapaan kerana ditipu oleh peraih dan orang tengah.

Dengan menjual sawit kepada Feldalah, Felda mampu memberi semula pulangan berupa bonus dan lain- lain insentif kepada peneroka. Adakah kilang sawit lain yang mampu berbuat demikian?

Ingatlah ketika susah dahulu, ketika tidak ada orang lain yang sanggup menerima anda kecuali Felda yang sanggup menyediakan tempat untuk mencari rezeki, rumah untuk tinggal dan kedai untuk berhutang. 

2 comments:

  1. Tak sedar diri dan tak tahu rasa diuntung. Masa susah merengek mohon bantuan tapi bila sudah senang tak ingat siapa yang membantu. Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  2. Ni majoriti penganut pas.

    ReplyDelete