Monday, June 9, 2014

UTUSAN SEMAKIN MATANG


Kenapa bila Utusan Malaysia turut sama mempersoalkan kewajaran DYMM Sultan Johor terlibat secara langsung dalam RUU LPHJ, ramai yang marah.

Sepatutnya niat Utusan itu dilihat dan dinilai secara positif. Isu LPHJ itu bukan sahaja ada nilai berita, tetapi ia melibatkan kepentingan rakyat Johor keseluruhannua, bukan setakat Sultan sahaja.

Maka wajarlah selaku akhbar perdana, Utusan turut sama menyatakan keresahan rakyat. Utusan melaporkan perkara yang benar tentang resah dan kebimbangan rakyat sekiranya Sultan dilibatkan dalam hal- hal pentadbiran.

Ini menunjukkan bahawa Utusan sekarang bukannya semakin berani, tetapi semakin matang dalam memilih berita demi kepentingan rakyat. 

Kalau akhbar atau portal lain boleh mempersoalkan tentang RUU LPHJ, kenapa tidak Utusan?

Kalau Utusan dilihat pro kerajaan, maka adalah lebih baik kalau teguran itu lebih dahulu datangnya daripada Utusan dari datangnya daripada akhbar atau portal pro pembangkang.

Menerima teguran dari kalangan sendiri dengan hati terbuka akan menunjukkan bahawa kita semakin terbuka untuk menerima kritikan demi kebaikkan dan juga dapat menunjukkan bahawa kita semua sudah matang untuk menanganinya.

4 comments:

  1. Setuju !!

    Sudah berapa kali utusan menyelamatkan keadaan khususnya ketika pilihanraya!

    Mungkin ketika ini pemimpin sudah dapat tidor lena, sudah dapat jawatan, maka utusan dipandang enteng.

    Bila terdesak, bila susah - cari semula utusan!

    ReplyDelete
  2. Kalau Utusan seorang individu,elok Utusan di lantik jadi PM,perjuangan utk Melayunya konsisten.

    ReplyDelete
  3. Kalau utusan komen perkara yang benar dan tak menyebelahi mereka, mereka tudoh utusan lebih teruk dari malaysia kini. Ini lah nasib Utusan dihentam atas bawah kiri kanan , ornag UMNO sendiri pun hentam .Patut la Utusan boleh kekal lama selalu menerima cabaran dan dugaan.

    ReplyDelete
  4. memang patut dihentam kalau dok bagi ruang aziz bari dan individu pembangkan berkolum, bodoh punya utusan. Aku dok beli jgak la pasal nak lakukan depa. Lagi satu, agak2 la kalu nak menegor pun....

    ReplyDelete