Bermesra pukul 4.00 pagi dibulan puasa? Ya, pada pukul 4.00 pagi 16 Julai yang lepas, FGV telah menaja program Mesra Sahur bersama anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Islam Kota Tinggi.
Biasanya program-program tajaan Felda ataupun FGV ni, aku memang suka jengah. Namun kali ini aku agak terperanjat sedikit. Kenapa?
Walaupun program Sahur ini pukul 4.00 pagi, aku dapati Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin berserta isteri dan juga Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Hj Mohd Noorazam ada turut sama meraikan anak-anak yatim ini.
Diiringi oleh Pengerusi PKAYI Kota Tinggi, Dato' Hj Yusof Malim Kuning dan petugas rumah anak yatim tersebut, mereka bersama- sama mengejutkan anak-anak yatim itu untuk bangun bersahur.
Seramai 80 orang anak yatim diraikan dalam program ini. Mereka berusia antara 9 dan 17 tahun terdiri dari 40 lelaki dan 40 perempuan. Memang beruntung penduduk Kota Tinggi yang mempunyai Ahli Parlimen dan Pegawai Daerah yang sanggup bersama rakyat tanpa mengira waktu
Program Mesra Sahur pada pagi tersebut berakhir dengan penyampaian bantuan Hariraya kepada anak-anak yatim di rumah itu dan solat Subuh berjemaah.
Jangan buat bulan puasa yg datang setahun sekali.
ReplyDeleteJika benar2 perihatin kpd anak2 yatim usaha hendaklah berterusan.
Bersangka baiklah terhadap FGV & mereka2 yang berbuat baik dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak nih.
ReplyDeleteApakah sumbangan kita untuk anak2 yatim tuh (atau anak2 yatim yg lain?)