Monday, August 4, 2014

YA....ITU TUJUAN KAMI


Dalam analisa berita di Straits Times Singapura (sini), penulisnya dengan mudah membuat kesimpulan bahawa kenaikan caj tol di CIQ didorong oleh faktor pendapatan negara. Antara lain tulisannya berbunyi 
Malaysia's decision looks to be purely revenue-driven.

Aku harapkan politikus Malaysia berani menjawab isu ini. Ya....kami memang mahukan hasil. Peduli apa dengan DAP yang melalak.

Kita memang perlu hasil sebab nak kaut semula subsidi yang rakyat Singapura dah sakau di Malaysia ini, itu sebab kita caj di CIQ bukannya di EDL. Sesiapapun yang menggunakan EDL tetapi tak memasuki CIQ, tak akan dikenakan tol.

Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura? Lantak le dia orang, sebab dia orang yang kerja kat Singapura tupun bayar cukai di Singapura. Dia orang memakmurkan industri di Singapura walhal di Malaysia tak kurang kerja hingga Indon dan Bangla berlumba-lumba masuk. Ingat Malaysia ni cuma tempat tidur dan tempat menyakau subsidi aje ke? Kena le sumbang sedikit.

Yang kita ambik semula melalui caj tol tu bukannya banyak sangat berbanding dengan subsidi yang mereka sakau. Masuk Johor isi minyak, beli gula, beli keperluan harian yang rata-ratanya ada subsidi, sampai bila nak biarkan?

Orang Singapura masuk Johor bukan nak makan angin sangat. Apa tidaknya, kalau dia orang bukan bertujuan nak sakau subsidi Malaysia, setakat masuk Johor tu, mereka isi minyak penuh tangki di Singapura, mereka tak payah isi minyakpun kat Johor, mereka masih boleh balik Singapura. Ini tidak, sampai Johor, mata mereka melilau cari pam minyak dulu.

Ini bukan soal balas dendam sebab Singapura naikkan VEP. Itu hak mereka, nak naikkan sampai SD300pun tak apa. Maka tak payahlah nak beranalisa tentang tindakan kerajaan Malaysia.

Sekali lagi aku berharap agar kerajaan Malaysia bertegaa dengan caj tol di CIQ ini dan secepat mungkin kenakan juga VEP kepada kenderaan Singapura yang memasuki Malaysia.

Lagipun kalau ada rakyat Malaysia yang terlibat kerana bekerja di Singapura, rata-rata mereka bukanlah pengundi dari negeri Johor. Kebanyakkan datang dari luar negeri Johor.

Dan....kalau Singapura sememangnya memerlukan pekerja Malaysia, maka mereka mestilah bersedia menanggung sebarang kenaikan kos. 

Percayalah....kalau dah ramai Cina tak kerja di Singapura, Lim Kit Siangpun tak boleh menang semula di Gelang Patah. 

3 comments:

  1. Heheheheh.....canteeekk !!

    ReplyDelete
  2. Dalam satu hari, 60 kenderaan menyeberangi Tambak Johor. 80% adalah kenderaan yg berdaftar diSingapore.

    Thanks

    Jimmy Hillhead

    ReplyDelete
  3. Satu kenyataan yang ada kebenarannya...

    ReplyDelete