Sunday, March 22, 2015

APAKAH TS MUHYIDDIN SETUJU BAHAWA GST MEMBEBANKAN?


Apakah kita sedar apa yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin berkaitan penangguhan kenaikan tambang pengangkutan awam? Di bawah ini ialah apa yang dipetik dari berita MStar Online;

Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April ini.

"Saya fikir mungkin kita (kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST.

"Beban pengguna itu mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar yang menggunakan pengangkutan awam dan sebagainya," 

Bunyi kenyataan TS Muhyiddin seolah-olah pelaksanaan GST itu nanti akan memberi beban kepada rakyat dan dengan melaksanakan kadar baru tambang pengangkutan awam itu hanya akan menambahkan lagi beban yang terpaksa dihadapi.

Sekiranya pelaksanaan GST tersebut tidak membebankan rakyat malah menguntungkan, maka rasanya tidak salah untuk SPAD memberikan sedikit kenaikan kerana lebihan yang terpaksa dibayar untuk tambang pengangutan awam mungkin boleh diserap melalui lebihan bayaran pembelian lain-lain barangan hasil dari pelaksanaan GST!!!

Maka, berdasarkan pemahaman penulis dari kata-kata TS Muhyiddin itu, maka wajarlah kabinet menilai semula pelaksanaan GST tersebut kerana kesan pelaksaan GST sekiranya membebankan, lebih ramai rakyat yang terkesan berbanding dengan melaksanakan tambang baru perkhidmatan awam.

6 comments:

  1. GST hanya boleh di laksanakan pada tahun 2020 di mana di jangka rakyat telah berpendapatan tinggi.
    Buat masa ini rakyat belum bersedia untuk itu. Pendapatan rakyat yang rata2 masih rendah, GST hanya membebankan rakyat.
    Kalau rakyat rasa tertekan jiwa mereka akan memberotak.Terjemahan rasa tidak puas hati itu akan di terjemahkan di peti undi PRU14.
    Jangan main2, itu lah apa yang aku dengar di mana2 saja. Di masjid.surau,kedai kopi, warumg. kedai kedai runcit,tempat kenduri bahkan tempat orang mati sekali pun Senang cakap di mana2 saja ada kumpulan lebih dari dua tiga orang GST lah yang di perbualkan.
    Sebabnya apabila seseorang itu beli barang, dia kena bayar lebih kerana GST. Kalu dia beli barang rm50.00 dia kena tambah rm 3.00 kerana GST. Ini ertinya merobek pokit rakyat.
    Pembangunan apa namanya kalau hidup rakyat makin tersepit? Biar kurang membangun asalkan hidup senang..Itulah pendapat orang kampung.Pemimpin jangun syok sendiri.

    By:Cikgu "S"

    ReplyDelete
  2. bini aku keje pasaraya yg semua org kenal...sekarang ni dia tgh sibuk nak tukar tanda harga baru kerana gst ni...dia kata harga baru lebih mahal dari harga lama..walaupun rm1..tetap lebih mahal...contohnya harga pampers naik daripada harga sebelumnya sebab dah kena cukai...dia kata bukan setiap satu resit yg kena cukai yang macam kita dapat resit kat restoran restoran tu tetapi setiap barang dah kena cukai...itulah apa yang aku paham dari apa yang bini aku kata...jadi gst ni nak membantu rakyat ke atau nak membebankan rakyat??cakap le betul betul???aku dah penat undi kerajaan niiiii...

    azhar...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sahabat sabar ya.. Semalam sebelum ini kita semua ada ke restoran kfc,Pizza or sebagainya & kan bill nya disertakan svs tax 6%.. Lepas 1.4.2015 svs tax tukar nama GST masih 6%.. Lagi GST secara teknikal insaallah harga barang dalam 1-2 Tahun akan turun sebab mereka tak dikenakan sales tax 5-10% dipihak pengilang pemborong cuma dikenakan 6% dgn keadah input & output claim kepada kastam. Why kenapa tak turun lepas 1.4.15. @ kita semua mesti satu hati sokong ucapan Yb Ismail Sabri 101% supaya pengilang pengedar turun harga..juga .Disebabkan mereka semua dah simpan stock berlebihan yang mana mereka sudah dikenakan cukai 5-10%. Contohnya spareparts alatan ganti kenderaan, Milo,kicap,pakaianLevis & sebagainya. Insaallah dalam dunia ada 193 negara & lebih Dari161 buah negara sudah laksana GST.. Sahabat persekitaran GST aktiviti perniagaan lebih tulus & sebenarnya pihak kerajaan tahu kos & berapa banyak % keuntungan org tengah dengan maknisma input tax serta output tax kastam... Kastam tahu mana peniaga yang menipu sebab system accounting imput tax output tak tak match...Sekian

    ReplyDelete
  4. Sememangnya statement TPM itu menonjolkan kebodohannya sebagai seorang menteri. Kenapa jadi gelabah, Mahyuddin oooiii!!!. orang utara kata BODOH PIANG

    ReplyDelete
  5. MACAM TU PUYA CAKAP KAU CAKAP BODOH AKU RASA KAU YANG BODOH....TPM NI PRIHATIN LA ...OTAK KAU NEGETIF

    ReplyDelete
  6. Betullah kata TPM tu. Buat satu2. GST dulu lepas tu SPAD, jadi rakyat x keliru. Cuma penulis buat andaian sendiri tentang apa yang TPM kata ...in another word penulis sudah spin. So TPM sebenarnya seorang yang prihatin dan berjiwa rakyat. Sokong TPM......

    ReplyDelete