Wednesday, August 5, 2015

INI BUKANNYA AIRMATA BUAYA

Melihat kepada gambar di bawah yang diambil ketika Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kluang pada Sabtu lalu, 1 Ogos 2015 setelah beberapa hari TSMY digugurkan dari senarai kabinet, ada isyarat yang perlu diambil perhatian oleh pucuk kepimpinan UMNO kepada ahli- ahli UMNO Johor.


Perlu diingatkan bahawa airmata kesedihan tersebut bukanlah airmata buaya dari mereka yang mempunyai kedudukan, yang hilang kepentingan ekoran dari pengguguran TSMY tersebut.

Ini adalah kesedihan dari para pemimpin kecil dari peringkat cawang-cawangan yang sebahagian besar dari mereka mungkin tak pernah merasapun menjabat tangan TSMY untuk bersalaman.

Eloklah kepimpinan tertinggi UMNO rungkaikan kesedihan orang-orang kecil UMNO ini. Perlu diingat, Johor menyumbang 21 kerusi parlimen untuk Barisan Nasional. Sumbangan ini berlaku kerana adanya sokongan dari 2013 cawangan dari 26 bahagian UMNO Johor. PERLU DIINGAT.... JOHOR ADA 2013 CAWANGAN!!! Apapun, Orang Johor, Bangsa Johor tersendiri caranya termasuk dalam hal berpolitik.


3 comments:

  1. Kalau bukan air mata buaya,ianya adalah air mata kehilangan buaya.semuanya buaya dan naga belaka yg ada.

    ReplyDelete
  2. Makin gelabah para pembela DS Najib... DS Najib pun makin kepanasan, hari demi hari makin ramai yang berdoa baik dalam UMno atau luar Umno dalam meminta petunjuk agar segala kemelut dan permasalahan angkara nafsu rakus PM Malaysia dapat terlerai dan terselamatlah Negara bangsa Malaysia ini. Doa2 orang yang teraniaya adalah sangat mustajab.. Pasti tak lama lagi akan rebahlah segala kemungkaran dan penipuan. HInggakan SPRM yang telah dikambing hitamkan juga makin hilang kepercayaan kepada PM hari ini. Pihak Polis telah dipergunakan oleh hulubalang terbaharu PM iaitu Zibidi Man untuk mengancam pihak2 yang berusaha merungkai kebenaran. 1MDB umpama toksik ciptaan Najib yang merosakkan persekitaran aman Malaysia. Nasib baik semua ini dapat didedah dan ditentang di saat pembangkang tahap longkang Malaysia dalam keadaan kurang bermaya..

    ReplyDelete
  3. Dipahamkan semua bahgian adalah dibawah telunjuk najib , apakah daya mereka semua sebagai ahli cawangan .

    ReplyDelete